e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021

ICIMAC2021 PerananKomunikasi danMediadalamEraPandemik JULAI 2021 2 | Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: En. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina bt Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus S eiring dengan perkembangan teknologi, media sosial antara medium yang popular dan mudah dicapai bagi msyarakat seluruh negara menyampaikan maklumat, berinteraksi dan sebagainya. Namun, disebalik kelebihannya, terdapat kelemahan atas penyalahgunaan media sosial ini. Sebagai contoh perkataan viral atau tular sangat sinonim dengan masyarakat masa kini khususnya dalam media sosial. Ia seringkali disalah gunakan dengan menyebarkan maklumat tanpa mengesahkan kesahihan maklumat tersebut. USIM yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan proaktif menganjurkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan juga siaran langsung Youtube USIM TV, Persidangan Antarabangsa, Islam, Media dan Komunikasi (ICIMAC) Kali Ke-3, 2021 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Objektif penganjurannya adalah untuk memberi ruang dan platform terbuka kepada ahli akademik, para penyelidik, pelajar pasca-siswazah, pengamal media, dan agensi-agensi kerajaan dan NGO yang berminat dalam bidang penyelidikan Islam, media dan komunikasi. Peserta berpeluang untuk membincangkan, seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di Timur dan Barat. Bertemakan “Komunikasi, Media dan Kesannya Ketika Krisis”, ia bertepatan dengan suasana pandemik yang melanda negara sekarang. Tema ini adalah relevan untuk diperbincangkan secara ilmiah di peringkat negara dan juga antarabangsa.
 Peranan komunikasi dan media sangat diperlukan untuk berkomunikasi sesama kita, masyarakat setempat dan global.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=