e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021

Melihat kepada peningkatan bilangan kes sporadik seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak media, adalah seakan mustahil untuk setiap daripada kita akan terus kekal selamat daripada djangkiti oleh virus koronavirus ini tanpa mengambil sebarang langkah penyelesaian seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. Sampai bila kita sanggup untuk terus kekal di rumah tanpa sebarang interaksi dengan orang lain? Perlu diingat bahawa risiko untuk terkena jangkitan tetap akan ada. Lambat laun kita akan dijangkiti juga akhirnya dan menjadi asbab menjangkiti orang lain pula. Dengan pengambilan vaksin, walaupun terkena jangkitan Covid-19, kesannya akan dapat dikurangkan dan nyawa dapat diselamatkan. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pernah bersabda yang maksudnya: ‘Tidak ada mudarat dan tidak boleh memudaratkan’ . Berdasarkan hadis dan memahami hadis ini, fuqahak atau para sarjana Islammendatangkan beberapa kaedah yangmengharuskan kemudaratan yang lebih berat dihapuskan atau dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan. Antaranya ialah kaedah-kaedah Fekah seperti ‘ Kemudaratan mesti dihilangkan ’; ‘ Kemudaratan atau bahaya lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan ’; ‘ Apabila bertemu dua tegahan atau bahaya atau kerosakan dan tidak mungkin dapat keluar daripada keduanya, wajib melaksanakan yang lebih rendah daripadanya’ ; ‘ Apabila terdapat pertentangan antara dua kemudaratan, dihindarkan lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan ’; Harus melaksanakan kemudaratan lebih ringan di antara dua kemudaratan ’; dan ‘ Dipilih yang paling ringan diantara dua keburukan ’. Kaedah-kaedah Fekah yang didatangkan oleh para fuqhak ini adalah berdasarkan pemahaman mendalam mereka terhadap hadis Rasullullah SAW yang menjelaskan bahawa dalam menghadapi keadaan wujudnya kemudaratan atau kemudataran itu datang secara serentak dan bersama, maka seseorang itu hendaklah membuat penilaian dan perbandingan di antara kemudaratan-kemudaratan tersebut menurut berat atau ringannya serta kecil atau besarnya kemudaratan yang akan berlaku. Seterusnya hendaklah dia menempuhi kemudaratan yang paling ringan atau paling kecil untuk menghindarkan kemudaratan yang lebih berat dan lebih besar. Maka, dalam konteks menghadapi kemudaratan virus Covid-19 pada hari ini, tidak mengambil vaksin akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan mudarat yang lebih besar dan lebih berat. Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’e atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafi’e di dalam kitab karangan beliau Al-Umm ada menyebut bahawa: ‘… dan sekiranya seseorang itu meminum ubat yang di dalam ubat itu ada mengandungi sebahagian racun, namun dengan meminum ubat itu kesembuhan daripada penyakit yang dihidapi akan terhasil, maka tidaklah dia berdosa dengan meminumnya (ubat tersebut), kerana dia tidak meminum ubat tersebut dengan tujuan untuk memudaratkan dirinya atau menghilangkan kewarasan fikirannya walaupun dengan meminum ubat tersebut akan menghilangkan kewarasannya berfikir ’. Sebagai kesimpulan, pengambilan vaksin Covid -19 pada ketika ini seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan adalah merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk keluar daripada pandemik ini bagi membolehkan kita menjalani semula kehidupan seperti biasa. Keengganan mengambilnya hanya akan meletakkan diri dan orang di sekeliling berada dalam risiko untuk dijangkiti wabak yang boleh menyebabkan kematian. Islam tidak mengajar umatnya supaya berserah begitu sahaja tanpa sebarang ikhtiar. Bahkan dalam keadaan tertentu, sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, apabila berhadapan dengan situasi dua kemudaratan, hendaklah dihindarkan kemudaratan yang lebih besar. Dalam konteks ini, tidak mengambilvaksinCovid-19akanmengundangkemudaratan yang lebih besar berbanding mengambilnya. Apatah lagi pihak kerajaan amat berhati-hati dalam memastikan vaksin yang dipilih untuk diberikan kepada rakyat adalah benar- benar selamat. Bagi golongan yang suka menyebarkan berita tidak benar berkaitan vaksin Covid-19, hentikanlah perbuatan tersebut kerana tindakan sedemikian hanya akan merisikokan nyawa orang lain. Usahlah hanya mengkritik tanpa memberi cadangan praktikal yang membina. Bagi yang masih ragu-ragu atau tidak jelas, rujuklah kepada mereka yang berkepakaran atau ahlinya. Ingatlah Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang maksudnya: ‘…bertanyalah atau rujuklah kepada mereka yang ahli (dalam bidangnya) sekiranya kamu tidak mengetahui’ . Bagi yang telah direzekikan dan mengambil vaksin Covid-19, syabas dan tahniah diucapkan dan terus patuhi SOP. Ingatlah apa yang dilakukan adalah usaha dan ikhtiar yang dituntut oleh ajaran Islam dan akhirnya Allah SWT jualah yang menyembuhkan segala penyakit. Firman Allah SWT dalam Surah As-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: ‘Dan apabila aku sakit, maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan penyakit itu’. Disediakan oleh; Dr. Hasnizam bin Hashim Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang JULAI 2021 14 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=