e-Risalah USIM - Edisi Julai 2021

I barat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Inilah dilema yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini yang masih lagi sukar membuat pilhan samaada untuk mengambil vaksin Covid-19 atau sebaliknya. Kegusaran dan kebimbangan mereka ini ditambah serta diburukkan lagi dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sengaja menyebarkan maklumat salah atau khabar angin yang tidak tepat berkaitan vaksin Covid-19. Akibatnya, rasa bimbang dan takut mula menguasai pemikiran sebilangan masyarakat dan menyebabkan mereka enggan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin walaupun telah memperoleh janji temu daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk divaksinasi. Tindakan golongan ini yang tidak hadir dan tidak memaklumkan tentang ketidakhadiran mereka hanya akan menyukarkan pihak pengurusan dan menyebabkan pembaziran sekiranya vaksin tersebut telah dikeluarkan daripada peti sejuk beku khas. Keadaan yang berlaku ini juga sekiranya tidak ditangani dengan segera, sudah pasti akan menggagalkan usaha pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melindungi masyarakat dan mencapai herd immunity atau imuniti kelompok dalam masa terdekat. Umum sedia maklum bahawa sehingga hari ini, wabak Covid-19 yang mula melanda negara kita sejak kes pertama dikesan di negara ini pada Januari tahun 2020 masih lagi tidak menampakkan tanda-tanda kesudahan bahkan menjadi lebih merbahaya daripada sebelumnya. Kemunculan pelbagai varian baharu koronavirus yang lebih ganas telah meletakkan setiap individu dalam masyarakat mempunyai risiko yang amat tinggi untuk dijangkiti dan akan menyebabkan kesan yang lebih serius berbanding sebelumnya sekiranya dijangkiti. Walaupun pelbagai Prosedur Operasi Standard atau SOP telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung penyebaran wabak ini termasuk penguatkuasaan undang-undang yang lebih diperketatkan, namun kes jangkitan dan kematian di kalangan orang ramai terus merekodkan peningkatan saban hari dengan kadar yang membimbangkan. Kerajaan dalam mendepani situasi sukar ini, tidak mempunyai banyak pilihan. Keutamaan diberikan oleh kerajaan untuk menjaga nyawa dan keselamatan rakyat walaupun terpaksa berdepan dengan tekanan dan suasana ekonomi semasa. Pada 1 Jun 2021, negara sekali lagi terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau total lockdown bagi mengekang dan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19. Persoalannya, sampai bilakah Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ini perlu dilaksanakan? Adakah apabila jangkitan telah berjaya dilandaikan dan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ditarik semula, kes akan kembali meningkat dan kita sekali lagi akan dikenakan semula perintah kawalan pergerakan penuh? Justeru jalan penyelesaian yang lebih efektif perlu diambil agar pandemik ini dapat segera ditamatkan. Tambahan pula, semua sudah sedia maklum bahawa suasana yang sedang dihadapi ini sekiranya terus menerus tanpa ada sebarang kesudahan sudah akan pasti memberi kesan tidak baik kepada kehidupan. Ramai yang sudah lesu dan terjejas kehidupan mereka dengan keadaan yang berlaku dan pada masa yang sama, sampai bilakah tugas untuk mengekang wabak ini perlu digalas oleh para petugas barisan hadapan? Penemuan vaksin bagi mengurangkan risiko akibat jangkitan virus Covid-19 sekaligus mengekang penularannya memberi sinar baru kepada masyarakat dunia dalam menghadapi peperangan melawan pandemik ini. Bermula sekitar hujung tahun 2020, setiap negara berlumba-lumba untuk mendapatkan vaksin bagi rakyat mereka dan ada sebahagian negara telah pun kembali semula kepada situasi normal sepertimana keadaan sebelum pandemik ini melanda setelah sebahagian besar rakyat mereka divaksinasi. Dalam usaha mendapatkan vaksin ini, negara kita juga tidak terkecuali. Pihak kerajaan, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang jauh lebih maju dan berpengaruh, sentiasa tetap berusaha keras dan meletakkan keutamaan untuk mendapatkan vaksin buat rakyat agar tidak seorang pun terkecuali daripada menerima vaksin ini. Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksid Covid-19 (JKJAV), pelbagai perancangan, usaha dan strategi diatur dengan kemas dalam usaha mempastikan program imunisasi ini berjalan dengan lancar, selamat, teratur dan berkesan dalam usaha membendung serta menamatkan pandemik Covid-19. Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin di dalam Dokumen Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menegaskan bahawa strategi kerajaan adalahuntukmemastikansebanyakyangmungkinpenduduk di Malaysia menerima vaksin bagi menyelamatkan nyawa semua dalam tempoh secepat yang mungkin dan vaksin ini juga akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Pada masa yang sama, pelbagai maklumat mengenai vaksin ini juga disebar luas kepada orang ramai melalui pelbagai platform dalam usaha memberikan kefahaman tentang kepentingan pengambilan vaksin Covid-19. VAKSIN DAN VAKSINASI COVID-19 DARI SUDUT PANDANG HUKUM SYARAK JULAI 2021 12 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=