e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022
JANUARI 2022 9 | 39 orang ahli gabungan Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) yang terdiri daripada penyedia pusat rawatan persendirian di seluruh Malaysia yang menjalankan rawatan sama ada secara Islamic-based , faith-based , Christian-based , pendekatan psikospiritual dan komuniti teraputik tanpa mengira agama dan bangsa telah ditauliahkan sebagai Jurulatih Kepulihan ( Certified Recovery Coach ) dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2022. Program pensijilan yang diterajui oleh Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA) ini adalah bertujuan untuk memperkasa individu yang pernah terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah dengan kompetensi kepulihan supaya dapat membantu klien penagih yang lain. Selain itu, program ini merupakan satu platform untuk membuka peluang latihan akademik secara formal (taraf sijil) kepada individu yang pernah terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah disamping memasyarakatkan universiti dengan kepakaran pensyarah ACREDA yang dikongsi dengan ahli MASAC. Sijil pentauliahan disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan perdana Menteri (Tugas-tugas khas) dan dihadiri oleh Prof. Dr. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM, En. Ahmad Lutfi Abdul Latiff selaku Presiden MASAC dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Radhi Ibrahim. S eramai 39 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah dalam satu Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Darat Ke-39 bagi Zon Tengah 1 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DeCTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain. Majlis pentauliahan ini menyaksikan Leftenan Muda, Afif Bin Mohd Nasir dianugerahkan sebagai pegawai kadet terbaik PALAPES USIM. “Siswa dan siswi seharusnya melibatkan diri di dalam kokurikulum disamping tidak mengabaikan pencapaian akdemik. Kerana ilmu dan kemahiran yang diperolehi di dalam kokurikulum dapat menambahbaik etika dan cara berkerja seseorang itu. Sentiasalah menambah ilmu akademik, agama dan kemahiran. Kerana generasi muda hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan”, ujar Afif. Berikutan penularan wabak Covid-19 , Istiadat Perbarisan dan Pentauliahan Diraja yang dilaksanakan setiap tahun telah dibatalkan. Oleh itu, Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES dilaksanakan sebagai simbolik kepada Perbarisan Pentauliahan Diraja tersebut. Seramai 254 Pegawai Kadet berjaya ditauliahkan pada majlis ini, mereka adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Serawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Momen LatihanPensijilan JurulatihKepulihan oleh ACREDA dan MASAC 39Pegawai Kadet PalapesDarat USIM ditauliah sebagai Pegawai Muda
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=