e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022
Secara tuntasnya juga, tema tahun ini merupakan pelengkap kepada siri- siri tema amanat sebelum ini yang menyentuh berkenaan konsep berilmu (2020), berdisiplin (2021) dan yang terkini, bertakwa (2022) yangmana ketiga-tiganyamerupakanmotoUSIM. Justeru, pada tahun ini, Prof. Dato’ Dr. Ridza mengumumkan sembilan lagi sasaran sebagai pelengkap kepada Misi Tahun 2022 USIM iaitu Pertama: Pemerkasaan Agenda MyDigital dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) (Think-Tank- Do) melibatkan pihak berkepentingan termasuk Sekolah Angkat dan Sekolah Kluster USIM dengan mengguna pakai pendekatan quintuple helix. “Kedua, pelaksanaan One-Stop Centre @ Kolej Kediaman 1 yang dilaksanakan untuk pelajar, oleh pelajar dan kepada pelajar (dan pelawat) . Ketiga, Hospital Pengajar USIM , yang bakal dibina melalui Model Perkongsian Swasta- Awam baharu yang akan dilaksanakan untuk merealisasikan fasa pertama hospital pengajar”. “Keempat, Pemantapan Servis Kaunter bagi menambah baik mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh USIM. “Kelima, pelaksanaan Program Micro-credential yang merupakan kerjasama dengan pihak ketiga untuk mengimplementasikan kelayakan mikro sebagai sebahagian daripada Smart University Blueprint USIM yang diletakkan di bawah kluster SMART Learning melibatkan program Jurulatih Pemulihan Bertauliah ( Certified Recovery Coach ) dan program Certified Fluency in Arabic Language for Understanding the Holy Quran . “Keenam, Kemaskini Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) untuk menerima pakai dan menyesuaikan strategi atau kerja dengan lebih pantas dan seterusnya disepadukan dengan Pelan Tindakan Pembangunan Pelajar (ISDA). “ Sasaran yang ketujuh adalah Kerjasama USIM-USTY iaitu satu kerjasama strategik di antara USIM dengan University of Science and Technology, Yemen bagi mendapatkan kepakaran profesional serta meningkatkan enrolmen pelajar Antarabangsa dari Timur Tengah”. “Kelapan, Pembinaan Surau Tamhidi yang dibina melalui crowd funding dan sumber dalaman universiti serta sasaran yang kesembilan, Insentif Skim Guru Bahasa/Guru Tamhidi bagi meningkatkan motivasi staf dalam skim tersebut. “Diharapkan sembilan amanat yang telah digariskan ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua pihak” ujarnya lagi. Pemerkasaan Agenda MyDigital One Stop Centre@USIM Hospital Pengajar USIM Pemantapan Servis Kaunter Kerjasama USIM-USTY Kemaskini GIINA Program Micro- Credential Insentif Skim Guru Bahasa/DS/DG (KGI/Tamhidi/ FPBU/PPT) Pembinaan Surau Tamhidi 2020 BERILMU 2021 BERDISIPLIN 2022 BERTAKWA ASAS MISI USIM 2022 JANUARI 2022 5 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=