e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022
“Beramal, Bertakwa” menjadi tema Majlis Amanat Naib Canselor tahun 2022 yang diadakan secara hibrid bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan turut disiarkan melalui platform YoutubeUSIMTV. “Beramal, Bertakwa” JadiTema MajlisAmanat NaibCanselor Tahun2022 M ajlis yang dimulakan dengan bacaan Ayat Al-Quran dari surah terpilih serta video ‘ recap ’ pencapaian bagi tahun 2020 dan 2021, turut dihidupkan dengan imbasan Lima Teras Strategik yang bermatlamat untuk menjadikan USIM sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi menjelang 2022. Teras tersebut yang pertama adalah Graduan dan Alumni: melahirkan graduan/alumni yang profesional berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Kedua, Pelajar: Membentuk pelajar yang beradab, holistik dan seimbang. Ketiga, Libatsama Masyarakat: Memperkasakan Quintuple Helix untuk semua. Keempat, Kelestarian Kewangan: Membentuk kepelbagaian sumber dana dan amalan perbelanjaan berhemah, dan kelima, Pengiktirafan: Membentuk kesarjanaan berimpak yang membina kebitaraan ummah. Melalui 5 Teras Strategik ini, USIM menetapkan komitmen utama (2FCSI) iaitu untuk mengukuhkan asas fundamental USIM ( strengthen fundamentals ), untuk merangka masa hadapan ( chart future ), memastikan keberdayasaingan dan kelestarian ( ensure competitiveness & sustainability ) dan mempromosikan inklusiviti ( promote inclusivity ). USIM MISSION 2022 COMMITMENTS: 2FCSI To strengthen our fundamentals To chart our future To ensure competitiveness & sustainability To promote inclusivity JANUARI 2022 4 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=