e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022

P rof. Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Dato’ bersempena Hari Keputeraan Yang ke-74 Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Januari 2022. Turut menerima darjah kebesaran lain, Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang yang dianugerahkan pingat Darjah Pekerti Terpilih (DPT). Dua pensyarah iaitu Prof Dr Azman Ab Rahman dari Fakulti Syariah dan Undang- undang dan Dr Nizam Baharom dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan masing-masing menerima pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS). Manakala Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dianugerahkan kepada Encik Rozaimi Kamaruddin Penolong Pegawai Keselamatan, Encik Nurul Hisham Yahaya Penolong Jurutera Kanan (Elektrik) Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Fasiliti dan Puan Azlin Mahmud, Penolong Pegawai Tadbir Pusat Perumahan Pelajar. U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Jom Masuk IPT (JMIPT) 2022, Fasa 1 Zon 4 (Tengah) yang merupakan sebuah program mega pendidikan dan tarikan utama kepada pelajar sekolah, ibu bapa dan guru- guru untuk merancang serta mencari informasi berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. JANUARI 2022 3 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=