e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022

B arangkali ramai yang pernah mendengar atau telah mempraktiskan ‘Lean Management’, ‘Six Sigma’ dalam pengurusan operasi yang bertujuan untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan mahupun pemegang taruh dari aspek pengurangan kos, peningkatan berterusan, pengurangan pembaziran dan masa. Dalam pengurusan projek ICT, ‘Agile DevOps’ merupakan salah satu kaedah baharu dalam mentrasformasi budaya kerja dalam kalangan pasukan atau ahli ‘squad’ agar sesuatu projek dapat memenuhi keperluan pengguna melalui proses pengulangan (iteration). Mulai Februari 2021 yang lalu, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) secara rasminya telah memulakan pelaksanaan ‘Agile DevOps’ dalam proses pembangunan projek ICT di seluruh Jabatan. Sebagai permulaan (pilot project), SDEC mensasarkan 4 projek bagi pelaksanaan ‘Agile DevOps’ iaitu Projek MyMeeting V2, Projek USIM Virtual Tour, Projek MOU dan Kajian Sumber Terbuka. SDEC memilih pelaksanaan pembudayaan ‘Agile DevOps’ bagi memastikan sebarang isu mahupun cabaran dalam menjayakan sesuatu projek ICT dapat diselesaikan sesegara mungkin memandangkan ahli pasukan squad terdiri daripada pelbagai unit/ bahagian/jabatan (cross- functional) terutamanya pasukan pembangunan (development) dan pasukan infrastruktur (operation). Agile DevOps bukan sahaja dapat dipraktiskan di dalam pengurusan projek ICT malah SDEC turut mempraktiskan budaya agile ini di peringkat pengurusan SDEC. Sesi stand up meeting di lakukan setiap hari di kalangan ahli squad dalam tempoh 15 minit bagi menyampaikan sebarang status kemajuan. Selain sesi stand up meeting , SDEC turut menggunakan platform Asana bagi memantau perjalanan pasukan squad yang dibentuk. Perjalanan pembudayaan ‘Agile DevOps’ masih baru di SDEC dan masih banyak perlu dipertingkat. Pun begitu, SDEC yakin budaya ‘Agile DevOps’ telah mula diadaptasi yang mana staf telah mula bersedia berkongsi status tugasan individu dan sebarang isu yang dihadapi dalam memastikan projek dapat dijayakan dalam tempoh sprint yang ditetapkan. JANUARI 2022 13 | ICT dot USIM Ts Khadijah Chamili Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) Agile DevOps LangkahTransformasi PengurusanProjek ICT https://bit.ly/36DfPsF Jom Tonton LensaDigitalSiri-AGILE -SpeedUpYourDigital TransformationJourney

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=