e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022

JANUARI 2022 11 | haruslah dirangka dengan profesional dan bijak mengikut realiti dan kesesuaian sesebuah organisasi yang terlibat. Dalam ayat pendek, KPI terbabit perlulah realistik atau berpijak di bumi yang nyata. Tidak dapat dinafikan setiap organisasi mempunyai objektif serta matlamat yang berbeza. Jika KPI yang dirangka tidak menepati keadaan atau suasana organisasi ia dikuatiri akan melahirkan persekitaran pekerjaan yang dipenuhi tekanan atau stres. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum merangka sesebuah KPI yang realistik seperti dengan mengambil kira faktor jumlah tenaga pekerja serta pakar yang dimiliki dan mengambil kira faktor dana kewangan yang ada oleh pihak organisasi yang terlibat. Kesemua faktor yang dinyatakan berkenaan adalah penting untuk diambil kira oleh pihak pengurusan sebelum merangka sesebuah KPI untuk dilaksanakan setiap tahun. Setiap organisasi tidak boleh menerimapakai KPI dari tempat yang lain untuk dilaksanakan di tempat mereka atas sebab perbezaan faktor-faktor seperti yang telah dinyatakan di atas. Sebarang perlaksanaan KPI yang tidak realistik perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan kewujudan tekanan atau masalah stres di kalangan para pekerja organisasi yang terlibat. Jika tiada langkah proaktif atau pencegahan diambil di peringkat awal bagi mengatasi masalah tekanan atau stres yang berlaku berkenaan, pelbagai kesan atau impak negatif yang boleh berlaku terutamanya dari sudut kesihatan pekerja seperti darah tinggi, kemurungan, tekanan perasaan, masalah jantung, serta kematian. Tekanan dan stres yang berlaku juga boleh menjejaskan kehidupan peribadi pekerja yang terlibat. Tekanan dan stres yang berlaku juga boleh menjejaskan produktiviti seseorang individu itu serta memberi impak terhadap produktiviti sesebuah organisasi yang terlibat. Tekanan yang gagal dikendali dengan baik akibat daripada perlaksanaan KPI yang tidak realistik itu juga akan menjejaskan reputasi sesebuah organisasi berkenaan buat tempoh jangka masa panjang. Akhirnya semua pihak akan menerima impak akibat kegagalan mereka membendung isu tekanan yang berlaku akibat daripada perlaksanaan KPI yang tidak realistik serta mustahil untuk dipenuhi terbabit. Dalam mewujudkan sebuah tempat kerja yang harmoni serta kurang stres atau tekanan, adalah penting untuk semua pihak yang berkaitan terutamanya pihak majikan dan pekerja itu sendiri untuk saling bekerjasama. Dengan wujudnya sebuah tempat kerja yang harmoni serta kurang tekanan ataupun stress, ia dapat menjamin kesihatan serta keselamatan semua pihak ditempat kerja. Jika kesihatan dan keselamatan seseorang pekerja itu terjamin fokus dapat diberikan terhadap sesuatu jenis pekerjaan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti organisasi atau tempat kerja yang terlibat. Tidak dapat dielakkan terdapat pelbagai isu yang boleh memberi tekanan dalam kehidupan harian semua pihak termasuk golongan pekerja pada masa kini dan ini termasuklah penularan virus Covid-19 yang banyak memberi impak kepada kehidupan setiap orang termasuklah pada para pekerja. Oleh yang demikian, adalah penting bagi semua pihak yang berkaitan memberi kerjasama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi dengan merangka langkah atau strategi berkesan yang boleh mengurangkan tekanan di tempat kerja serta mewujudkan sebuah tempat kerja yang lebih harmoni. Pematuhan terhadap segala bentuk peruntukan undang – undang serta segala polisi yang berkaitan dengan tempat kerja dalam negara kita perlu diamalkan serta dipatuhi pada setiap masa. Buat sekian lama, negara kita telah mewujudkan pelbagai jenis peruntukan undang – undang serta polisi yang berkaitan dengan tempat kerja bagi memastikan semua majikan serta pekerja menjalankan tanggungjawab masing – masing dengan sebaik – baiknya seperti yang telah termaktub dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], dan lain – lain lagi. Seperti yang telah dinyatakan, adalah penting juga pihak majikan merangka KPI yang lebih realistik serta sesuai dengan keadaan tempat kerja masing – masing. Pihak majikan juga mesti memberi penghargaan terhadap pekerjanya yang telah melaksanakan tugasan kerja yang diberikan dengan baik. Sebagai balasan, pihak pekerja juga mesti melaksanakan sesuatu pekerjaan yang telah diamanahkan dengan baik dengan tidak leka serta cuai terhadap tugasan yang telah diberikan. Pihak pekerja perlu menghargai segala kemudahan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak majikan kepada mereka. Budaya tolerensi, kerjasama serta sifat faham memahami antara satu sama lain di antara majikan dan pekerja adalah amat penting bagi mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang harmoni serta kurang tekanan atau stres.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=