e-Risalah USIM - Edisi Januari 2022
JANUARI 2022 10 | Sasaran Kerja 2022 Rangka dengan Bijak, Elak Pekerja Tertekan T ahun baru 2022 sudah pun bermula. Sudah pasti semua organisasi khususnya pihak majikan kini sedang sibuk merangka sasaran kerja masing masing – masing bagi dipenuhi sepanjang tahun 2022 ini. Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagai Key Performance Indicator (KPI) adalah satu kaedah pengukuran yang mudah, berkesan dan dapat membantu pihak majikan dan sesebuah organisasi menilai tahap kemajuan pekerjaan dan perkhidmatan yang ingin disampaikan ditempat kerja. Pengunaan KPI adalah penting pada masa kini. Banyak organisasi baik di sektor awam mahupun di sektor swasta dalam negara kita sudah pun mula mengamalkan pengunaan KPI berkenaan dalam merangka perjalanan rancangan, aktiviti serta program yang ingin dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Secara umumnya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi sesebuah organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju sesebuah organisasi , memberi tumpuan terhadap bidang – bidang utama kepada pihak berkepentingan serta menilai tahap prestasi yang telah disasarkan. Walaupun penggunaan KPI dilihat dapat membantu perjalanan sesebuah organisasi dalam merangka segala bentuk aktiviti dan program yang dirancangkan, KPI berkenaan In Our Words Dr. Muzaffar Syah Mallow Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=