e-Risalah USIM - Edisi Januari 2021

In Our Words (Fi ra’yina) JANUARI 2021 8 | PesakitCovid-19boleh menyebarkancoronavirus (SARS-CoV-2)kepada haiwanpeliharaanmereka. Terdapat beberapa kes di luar negara yang melaporkan bahawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing turut jatuh sakit dan positif ujian apabila tuannya dijangkiti COVID-19. (1) Di Malaysia belum terdapat lagi kes yang dilaporkan seperti ini. Sekiranya anda disahkan COVID-19, elakkan daripada mendekati haiwan peliharaan. Covid-19 jugaboleh menyebabkanmasalahakut selainradangparu-paru (pneumonia). Antara masalah tersebut adalah radang selaput otak ( meningitis) dan saraf, radang jantung ( myocarditis ), ruam kulit, masalah darah beku, radang usus, radang hati dan juga kegagalan buah pinggang. (2) PesakitCovid-19boleh mengalami gejala lain (tidak tipikal) selaingejalautama Covid-19. Demam, batuk dan susah bernafas (tanda radang paru-paru atau pneumonia ) adalah gejala utama Covid -19 yang biasa kita dengar. Namun, pesakit Covid-19 boleh mengalami gejala-gejala yang tidak tipikal seperti serangan jantung, tidak sedarkan diri, kecelaruan fikiran, sawan, kaki bengkak, cirit-birit, sakit perut, jaundis dan kurang kencing. Semua gejala tidak tipikal ini adalah akibat komplikasi di atas (fakta nombor 2). Perokokberisikotinggi untukmenjadi lebihtenat sekiranyadijangkiti Covid -19. Perokok tegar yang masih aktif merokok mempunyai dua kali ganda risiko untuk mengalami keadaan yang lebih teruk sekiranya dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak merokok. (3) Pesakit kencing manis juga mempunyai dua kali ganda risiko komplikasi jangkitan yang lebih tenat dan kematian akibat Covid-19, berbanding mereka yang tidak menghidap kencing manis. (4) Selain daripada itu, mereka yang berusia, mempunyai penyakit kronik dan obes juga berhadapan dengan risiko komplikasi dan kadar kematian yang lebih tinggi sekiranya dijangkiti. WalaupunpesakitCovid-19 telahsembuhselepas 10-14 hari, terdapatsegelintir pesakityangmasih mengalami gejala-gejala kesandaripada jangkitan tersebut. Antara gejala tersebut adalah keletihan yang berpanjangan, pening kepala, batuk-batuk, hilang deria bau, kurang selera makan, sukar fokus, kemurungan, sakit dada, berdebar- debar dan sakit tekak. Gejala- gejala ini boleh berterusan hingga berminggu-minggu atau berbulan- bulan selepas jangkitan Covid-19. Keadaan ini disebut sebagai sindrom Covid-19 berpanjangan atau “ Long Covid ”. Sindrom ini berkemungkinan disebabkan oleh kesan tindak balas imuniti badan seseorang selepas dijangkiti coronavirus tersebut. (5) WalaupunpesakitCovid-19 telahpulihdaripada jangkitanSARS-CoV-2, merekaberisikountuk mengalami komplikasi jangkapanjang iaitufibrosis peparu. Fibrosis peparu ini umpama parut pada paru-paru yang boleh mengakibatkan masalah dan kegagalan paru-paru untuk seumur hidup. (6) Mereka yang berisiko untuk menghadapi fibrosis peparu adalah lanjut usia, tahap penyakit yang kritikal, mereka yang memerlukan bantuan mesin pernafasan yang lama, perokok dan alkoholik kronik. (7) Oleh: Dr Hana Maizuliana Solehan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Neurologi Dr Nur Ezzaty Mohammad Kazmin Pakar Perubatan Dalaman 10faktamengenai COVID-19yanganda mungkintidaktahu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=