e-Risalah USIM - Edisi Januari 2021

U SIM bersetuju membuka laluan untuk penulisan tesis menggunakan bahasa Melayu kepada 13 program pasca siswazah bermula 16 Disember 2020. Keputusan yang dipersetujui di Mesyuarat Senat Universiti kali ke 119 Bil 5/2020 itu telah bersetuju dengan cadangan penulisan tesis dalam Bahasa Melayu bagi program-program pengajian di peringkat pasca siswazah secara penyelidikan. 13 program pasca siswazah yang dibenarkan adalah secara mod penyelidikan iaitu Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam, Sarjana Pengajian Quran & Sunnah, Sarjana Syariah, Sarjana Sains Islam dan Sajana Sains Sosial. Manakala di peringkat Doktor Falsafah ialah Doktor Falsafah Komunikasi, Kaunseling, Da’wah & Pengurusan Islam, Pengurusan Sumber Manusia, Pengajian Quran dan Sunnah, Syariah dan Kehakiman, Sains Islam dan Sains Sosial. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web https://admission. usim.edu.my . “Keputusan ini dibuat bagi memenuhi permintaan semasa dan bertujuan untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelajar pasca siswazah terutama dari agensi kerajaan, pekerja sepenuh masa dan kumpulan sasaran yang lain. Hasrat ini sebenarnya tidak menghilangkan citra USIM sebenar yang juga memperjuangkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ini kerana hanya 13 program (mod penyelidikan) di peringkat pasca siswazah sahaja yang dibenarkan, manakala program akademik yang lain akan kekal dengan peraturan seperti sedia ada.” “Hasrat tersebut disambut baik dan akan mewujudkan garis panduan baharu kepada bakal pelajar untuk menghasilkan penulisan tesis dengan standard yang akan ditetapkan. Saya juga berharap agar bakal pelajar nanti akan memahami dan menghayati garis panduan ini dan sekaligus mendapat kerjasama dari pensyarah atau penyelia untuk membimbing pelajar menghasilkan penulisan ilmiah yang setanding dengan penulisan di peringkat antarabangsa.” Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Apa Kata Mereka? Ziarah keluarga pelajar USIM, mangsa lemas di Kluang, Johor “ Jenazah Ikmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah A llah lebih menyayanginya”. Hanya ungkapan ini yang mampu menenangkan ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan, pelajar tahun 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang ditemui lemas dalam bencana banjir yang melanda beberapa negeri. Bapa arwah, Encik Mahasan Mohd. Daud, 50, mensifatkan anaknya sebagai seorang yang bercita-cita besar yang ingin menjadi seorang diplomat di luar negara. Kunjungan ziarah wakil Pengurusan USIM bersama Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada 10 Januari 2021 turut diadakan majlis tahlil ringkas. Sumbangan dari pihak USIM dan KPT turut diserahkan kepada keluarga Allahyarham dan dengan harapan memberi semangat dan melancarkan urusan keluarganya selepas ini. JANUARI 2021 6 | Tawar 13 Program Pasca Siswazah dalam Bahasa Melayu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=