e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

FEBRUARI 2022 9 | Pertemuan Pengerusi LPU USIM Bersama Ahli Jemaah Profesor Lawatan Pro Canselor Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi ke Laman Prosumer di Jabatan Keselamatan dan Projek Rock Melon di Jerangkang Darat Labu Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian Education Malaysia ke USIM Kunjungan dan Mesyuarat Kali Ke-2 Majlis Dato’-Dato’ Kurnia Negeri Sembilan Lensa USIM U SIM meluaskan jaringan kerjasama dengan Imam Bukhari International ScientificResearchCentre, Uzbekistan dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman secara dalam talian. Ia adalah usaha merapatkan hubungan dua hala dan juga kolaborasi dalam pengintegrasian sains agama, sains sosial dan juga sains fizikal. Hubungan kerjasama ini seterusnya diterajui oleh Institut Sains Islam (ISI) USIM, dengan diketuai oleh Profesor Dr. Mohd Adnan Mohamed Yusoff untuk membantu meningkatkan keterlihatan USIM di peringkat antarabangsa melalui aktiviti akademik, kerjasama penyelidikan dan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua institusi. Kerjasama ini juga adalah bagi menjayakan program- program yang akan dilaksanakan secara bersama seperti penyelidikan saintifik dan teknologi,  penyertaan dalam Hab Digital Sains Islam, pertukaran kakitangan penyelidikan dan akademik dan juga menjalankan persidangan bersama seperti seminar, simposia, meja bulat, kuliah tetamu, kelas induk dan inisiatif pendidikan lain. Dalammajlis ini, USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, manakala Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan diwakili oleh Pengarah Prof. Ziyodov Shovosil. USIM Perluas Jaringan Kerjasama Bersama Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=