e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

FEBRUARI 2022 8 | H ari Radio Sedunia disambut secara rasmi pada 13 Februari setiap tahun. Sempena Hari Radio Sedunia 2022, Konti Radio USIM berbesar hati apabila terpilih sebagai lokasi pertama bagi program “Dari Konti ke Lokasi” oleh NegeriFM. Sambutan Hari Radio Sedunia 2022 diraikan menerusi siaran secara langsung dari konti Radio USIM di mana kumpulan Radio NegeriFM telah turun ke lokasi selama satu jam, bermula dari jam 10.30 hingga 11.45 pagi. Bertemakan ‘Radio dan Keyakinan’, program khas ini membawakan perbincangan mengenai peranan radio dan keyakinan pendengar terhadap maklumat yang dibawakannya. Memetik temubual RTM bersama Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani, beliau yakin bahawa pendengar masih memilih radio sebagai saluran mendapatkan maklumat sahih dan benar di sebalik kecelaruan informasi dan platform media yang berlaku pada hari ini. Bagi Ketua Program Komunikasi yang juga mewakili Radio USIM, Profesor Madya Dr. Norhayati Rafida Abdul Rahim, program kerjasama ini merupakan sinergi padu antara USIM sebagai platform pendidikandanNegeriFMsebagai salahsatuplatform penyampai maklumat yang tepat dan benar kepada segenap pendengar di Negara ini. Diharapkan, lebih banyak inisiatif kerjasama industri-universiti seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang demi memperkasakan peranan radio sebagai saluran media yang dipercayai oleh masyarakat. S ebagai tanda keperihatinan terhadap warganya yang terkesan dengan musibah dan ujian yang sedang dialami, USIM yang diurus setiakan oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Pengantarabangsaan), Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dan Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKUSIM) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan al- Abrar kepada Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) dan Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih dan juga warganya yang terkesan banjir baru- baru ini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin. “Pihak USIM telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3,000.00 masing- masing untuk “Program Bantuan Khas Keluarga Ibu Tunggal Asnaf Pasca COVID 19” oleh Kelab Ibu Tunggal Sentuhan Kasih, dan juga untuk pembiayaan pesakit kanser kanak-kanak yang diuruskan oleh CAKNE melalui portal crowdfunding, jominfaq.usim.edu.my yang telah dilancarkan pada 2020 lepas”. “Manakala PWZ akan menyumbang bantuan sebanyak RM200.00 kepada setiap pelajar untuk membantu meringankan beban kerugian disebabkan banjir”, ujarnya lagi. Selain itu, PWZ dan BKKUSIM turut menyerahkan sebuah kereta kepada seorang staf kurang upaya iaitu En. Ishtiaq, Pembantu Perawatan Kesihatan Kanan di FPSK untuk kegunaan harian beliau bagi memudahkan urusan berulang-alik ke tempat kerja. “Dari Konti ke Lokasi” bersama Radio NegeriFM dan Radio USIM KeprihatinanUSIM serlah konsep Keluarga Malaysia Momen@USIM https://bit.ly/3wCxfR4 Jom Tonton TemubualRTM bersamaRadioUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=