e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

FEBRUARI 2022 7 | UHSB yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) telah mula beroperasi pada 10 April 2015 sebelumdiswastakan pada 26 April 2019 sebagai anak syarikat USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB). Jelas Dr Azrul Azlan, UHSB juga telah mewujudkan sebuah tabung yang dikenali sebagai Tabung Tabarru’ bertujuan untuk membantu keluarga asnaf atau mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di klinik. “Sehingga tahun 2021, kami telah membelanjakan sebanyak RM243, 504 pada rawatan-rawatan asnaf dan program -program kesihatan yang dianjurkan khas untuk mereka. Sumber tabung tabarru’ ini adalah dari kutipan pakar-pakar, sumbangan syarikat korporat dan sumbangan orang awam”. U SIM secara amnya membenarkan sebanyak 70% orang pelajar untuk pulang ke kampus bagi meneruskan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula 21 Mac ini selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pengumuman daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi bermula pada bulan hadapan. Untuk itu, aktiviti PdP di USIM secara bersemuka adalah dibenarkan untuk pelajar yang telah lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan selepas vaksinasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, aktiviti PdP yang telah ditetapkan adalah secara hibrid mengikut program pengajian. Bagi pelaksanaan mengikut kursus pula ianya akan dilaksanakan berdasarkan tiga kaedah iaitu bersemuka sepenuhnya, secara bersemuka dan dalam talian atau secara dalam talian sepenuhnya. “Fakulti akan merancang kaedah PdP segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous) dengan mengambil kira kemampuan data dan capaian internet pelajar. Fakulti dan Bahagian Pengurusan Akademik juga akan merancang jadual pengkuliahan mengikut SOP yang ditetapkan seperti pematuhan penggunaan kapasiti ruang sebanyak 50% dan sebagainya”. “Manakala bagi kaedah pelaksanaan peperiksaan akhir, ianya akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian seperti amalan biasa atau penilaian akhir gantian individu seperti take-home-exam, open-book-exam dan reflection essay bergantung kepada kesesuaian program pengajian” ujarnya lagi. USIM akan berusaha untuk memastikan penyampaian program pengajian secara dalam talian atau hibrid adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan disamping memastikan aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental pelajar sentiasa berada dalam tahap yang baik serta akan memantau secara berterusan dan menyediakan pelan tindakan bagi menangani isu-isu berbangkit. Manakala bagi pelajar yang berada di Kolej-kolej Kediaman, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) akan mengusahakan gelembung selamat kampus antaranya dengan mengehadkan kawalan keluar masuk pelajar dalam waktu yang ditetapkan agar dapat mengurangkan risiko jangkitan. Bilik Gerakan COVID-19 USIM turut beroperasi bagi menyelaras maklumat dan tindakan pencegahan dalam membendung penularan wabak COVID-19. Pertanyaan lanjut tentang COVID-19 boleh diajukan kepada Bilik Gerakan COVID-19 USIM Pusat Kesihatan Universiti USIM di talian 06-798 6121 atau mana–mana fasiliti kesihatan Kerajaan yang berdekatan. Kemasukan70%PelajarkeKampusbagi SemesterII,SesiAkademik2021/2022 Bermula21MacIni

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=