e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

FEBRUARI 2022 5 | Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pandemik telah memberi kesan yang mendalam terhadap pelbagai sektor termasuklah pengajian tinggi. Pandemik Covid-19 memberikan gambaran bahawa universiti berdepan dengan cabaran merentas impak teknologi, globalisasi dan ekonomi. “Antara cabaran yang dihadapi oleh universiti adalah pelaksanaan PdP secara dalam talian, kejatuhan peratus Graduate Employbility (GE), kampus yang tidak digunakan secara menyeluruh dan pelbagai lagi. Namun, kita sebagai keluarga KPT perlu terus mengorak langkah dalam menjayakan serta merancakkan pendidikan tinggi walaupun ianya perlu dilakukan secara norma baharu.” Menurut salah seorang pengunjung Nurul Faqihah Mohamad Sadri, 20, dari Bandar Baru Salak Tinggi, yang merupakan penuntut di Matrikulasi Selangor berkata, karnival ini memudahkan saya untuk mengisi permohonan UPU Online serta untuk mendapatkan maklumat tentang program pengajian yang sesuai dengan keputusan matrikulasi, di mana beliau merancang untuk sambung peringkat Ijazah dalam bidang Sains Komputer. Sementara itu, penuntut Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson, Tan Kiang Tong, 24, dari Seremban turut meluangkan masa pergi ke karnival ini untuk mendapatkan maklumat universiti awam dan juga swasta yang boleh menawarkan pengajian secara sambilan. Mengakhiri fasa 1 karnival ini, USIM selaku tuan rumah menyeru pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk merebut peluang ini dengan hadir ke karnival pengajian tinggi yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini. Fasa 2 akan bermula pada Jun 2022 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Manakala bagi pelajar yang masih belummengisi UPUOnline, boleh berbuat demikian sebelum 31 Mac 2022 ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=