e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022
KarnivalJomMasukIPT SambungPengajian P andemik Covid-19 tidak menghalang pengunjung dari mengunjungi Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyertai Karnival Jom Masuk IPT Zon 4 yang berlangsung dua hari bermula 26 Februari 2022. Majlis dirasmikan oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM. Turut hadir Encik Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang itu mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah termasuk calon PMR, SPM, STPM, STAM, Diploma, ibu bapa, guru-guru, kaunselor dan masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan karnival ini. Program ini telah menjelajah sebanyak 4 zon iaitu Zon 1 di Pulau Pinang, Zon 2 di Perak, Zon 3 di Kuching dan hari ini zon terakhir iaitu Zon 4 di Negeri Sembilan. Sebanyak 60 pempamer mengambil bahagian yang terdiri daripada 20 IPTA, IPTS, Agensi Kerajaan seperti Perbadanan Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan banyak lagi. FEBRUARI 2022 4 | Gerbang Informasi
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=