e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

Sudah sampai masanya umat Islamberhenti menuding jari menyalahkan organisasi dan jawatankuasa masjid sebaliknya perlu menyedarkan diri sendiri berapa kalikahdalamseminggumenjejakkan kami bersujud di rumahAllahini.Berapabanyakkahsumbanganideadan tenaga diperuntukkan untuk mengimarahkan masjid? Pernahkan diri kita secara Lillah Ta’ala menghampar sejadah, membuang kotoran atau membersihkan tandas masjid? Semua ini akan menjadikan kita umat Islam terbaik hasil terbitnya kecintaan kepada institusi masjid secara sukarela. Lebih ramai masyarakat Islam yang melakukannya maka lebih banyak insan berwatakkan ‘orangmasjid’ akanmenyumbangkepada kemajuan dan keamanan ummah. Fenomena hari ini, apabila disebut masjid, kita membayangkan  suatu binaan yang cukup indah tersergam, dengan hamparan permaidani berkualiti, berhawa dingin, selain membayangkan masjid adalah tempat untuk solat berjemaah atau Hari Raya. Sehingga ada yang menganggap masjid yang dibina itu sebagai lambang kemegahan dengan ciri-ciri seni bina terkini, fasiliti terbaik, dan bentuk binaan yang lain daripada yang lain. Sedangkan penghayatan taqwa yang menjadi matlamat utama pembinaan Rumah Allah itu tersasar jauh. Siapakan yang harus sedar untuk menghayati masjid sebagai medan menggilap taqwa ini adakah pengerusi masjid dan jawatankuasa semata-mata? Jawapannya adalah masyarakat Islam itu sendiri. Masjid Nabawi yang terletak di Kota Suci Madinah menjadi testemoni terbaik selain masjidil Haram di kota Makkah al-Mukarramah. Tingkah laku masyarakat Islam di Madinah jelas berbeza dengan tempat-tempat lain dan hal ini disedari oleh kebanyakan daripada kita yang pernah ke sana. Dengan ketertiban sewaktu berbicara menggunakan bahasa yang halus, ketika berniaga mementingkan senyuman dan tutur kata, semasa memandu kenderaan dengan memberi laluan kepada pejalan kaki dan banyak lagi yang merupakan pancaran akhlak lantaran menjiwai masjid sebagai medan menjana akhlak Islami. Semuanya adalah kesan kepada kelompok jemaah yang bersatu padu atas seruan Allahu Akbar dan menterjemah persekitaran seolah-olah inilah taman Qurani yang damai dengan Rahmat Allah Azza wa Jalla.  Rasulullah SAW telah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al- Deen (cara hidup) melalui fungsi- fungsi komprehensif yang tersurat dan tersirat dari institusi Masjid. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk melakukan solat, bahkan setiap dari kita harus menyedari masjid mempunyai peranan yang lebih global merentasi sempadan kemulian bangsa, ketaksuban budaya atau kerana pangkat dan kedudukan.  Hal ini sangat membantu untuk  menyebarkan Islam melalui dakwah Bil Hal iaitu dakwah tanpa bicara kepada masyarakat di luar sana. Kesedaran ini mestilah datangnya dari lubuk hati yang didasari dengan ilmu dan iman. Adalah kurang benar punca ramai yang tidak berminat untuk mengunjungi masjid semata-mata menyalahkan pengisian yang hambar dan tidak sehebat rancangan realiti dalam televisyen. Begitu juga dengan faktor keselesaan beribadah akibat kurang kelengkapan yang sering diungkit menyatakan kekecewaannya bersembahyang di masjid-masjid tertentu.  Secara tidak langsung, menggambarkan dangkalnya kesedaran untuk menjiwai masjid sebagai medan taqwa, kurangnya ilmu tentang sejarah pembinaan masjid pada zaman awal Islam yang serba kekurangan dan turut menggambarkan personaliti yang lebih banyak memberi alasan tanpa mencari penjelasan. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 108 yang bermaksud “Sungguhnya masjid yang dibinakan di atas dasar taqwa, sejak hari pertama (kamu berada di Madinah) adalah lebih wajar kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang suka membersihkan diri, sedang Allah menyukai orang-orang yang bersih.” FEBRUARI 2022 13 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=