e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

FEBRUARI 2022 12 | Umat IslamWajar Menyumbang Pengimarahan InstitusiMasjid Secara bahasa masjid berasal dari kata sajada- yasjudu-sujudan yang bererti patuh; taat; tunduk dengan penuh hormat. Meletakkan dahi, kedua tapak tangan, lutut, dan kaki ke bumi, atau bersujud adalah bentuk lahiriah yang paling zahir dari makna tersebut. Itulah sebabnyamengapa bangunan yang dikhususkan untuk solat dinamakan masjid, “tempat bersujud”. Hakikatnya masjid menjadi tempat melakukan segala aktiviti yang berorientasikan kepatuhan kepada Allah. Al-Quranmenegaskan dalamSurah al-Jin ayat 18 yang bermaksud “Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milikAllah,maka janganlahkamumenyembahsesuatu di dalamnya selain Allah.” D ari Jabir bin Abdillah berkata bahwa Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud “Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada orang sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulan perjalanan, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu solat hendaklah ia solat, dihalalkan untukku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk orang sebelumku, aku diberikan (hak) syafa’at, dan para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia.” (Bukhari, Muslim, Nasa’i) Masjid bukan sekadar tempat sujud dan tempat penyucian atau  bertayamum. Masjid adalah simbolik kepada umat Islam untuk menterjemahkan sikap dan adabnya di masjid ketika mana-mana sahaja seseorang Muslim itu berada. DR. MOHD ZAMRUS BIN MOHD ALI Pensyarah Kolej Genius Insan In Our Words

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=