e-Risalah USIM - Edisi Februari 2022

Mendokong kearah matlamat dan sasaran USIM juga, melalui inisiatif Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, beliau telah meletakkan beberapa fokus utama antaranya melibatkan jaringan hubungan pengantarabangsaan, peningkatan kualiti akademik, peningkatan dan penambahbaikan fasiliti universiti serta kebajikan warga USIM. Menurut Yang Behormat Dato’ Zulkifli, “Melalui aspek pengantarabangsaan, sasaran utama adalah untuk meningkatkan jumlah enrolmen pelajar antarabangsa, penganugerahan Doktor Kehormat, Pelantikan Profesor Pelawat, Profesor Kursi dan Profesor Adjung.” “Selain itu, dari aspek peningkatan akademik, sasaran utama adalah bagi peningkatan penerbitan jurnal-jurnal Dalam majlis yang sama juga, beliau berbesar hati mengumumkan penubuhan Pusat Pengajian dan Penyelidikan Turath, yang diberi nama Ibn Abbas Centre for Classical Studies and Research (IFCAR) yang memfokuskan kepada teks-teks Turath dalam Bahasa Arab dan Tulisan Jawi meliputi bidang Akidah, Fiqh, Tasawwuf, Hadith dan Bahasa ( Nahu dan Saraf ) yang mana akan turut membuka peluang kepada Warga USIM dan orang ramai untuk mengikuti pengajian tahap sijil dalam bidang yang dinyatakan. Mengakhiri majlis syarahan tersebut, Yang Behormat Dato’ Zulkifli menyampaikan anugerah khas sebagai penghargaan kepada 18 orang penerima bertuah dalam kalangan ahli akademik, kakitangan dan pelajar untuk meraikan kecemerlangan USIM dalam jurnal berindeks seperti ISI, WOS dan SCOPUS, penubuhan kursi Akademik, Pemerkasaan Turath dan Bahasa Arab di Universiti serta kerjasama Kolej GENIUS Insan dengan universiti-universiti Timur Tengah”. Jelas beliau lagi. “Manakala dari aspek fasiliti, penekanan adalah kepada penubuhan Hospital Pengajar USIM, penyelesaian tunggakan bayaran pembinaan fasiliti, pembinaan kolej kediaman, pertambahan bahan rujukan di Perpustakaan USIM serta pembinaan Surau Tamhidi”. Beliau turut meletakkan aspek kebajikan sebagai fokus utama, dengan memperkasakan Tabung Infaq/Wakaf, Dapur It’am dan Musa’adah. dan sumbangan yang ditunjukkan oleh warga USIM tersebut dalam lapangan masing-masing. Antara penerima anugerah khas tersebut adalah Ts. Dr. Hatika Binti Kaco daripada Kolej GENIUS Insan, merupakan ahli akademik yang menunjukkan pencapaian yang membanggakan dalam penulisan jurnal dan artikel, penerbitan buku dan keterlibatan dalam sumbangan berbentuk khidmat masyarakat, manakala En. Nur Ekmal Buhary dari Pusat Sukan serta En. Ali Zahran Hj. Thurmoodi daripada Pusat Pengajian Teras (PPT) yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan Universiti serta dua orang pelajar Kolej GENIUS Insan atas kecemerlangan mereka yang telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran iaitu Saudari Nafeesa Al-Wafa binti Mohd Khousaini dan rakan, Saudari Nur Nabihah binti Bahadon merupakan antara penerima anugerah khas tersebut. Diharapkan dengan kewibawaan beliau serta inisiatif-inisiatif yang digerakkan oleh beliau ketika ini dapat membawa USIM terus kehadapan dalam menerajui Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berteraskan integrasi ilmu Naqli dan ilmu Aqli. FEBRUARI 2022 11 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=