e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021
Pergerakan di enam negeri. Sekali lagi KPM perlu melaksanakan pendekatan terbeza dalam mengoperasikan PdP di semua institusi Pendidikan di bawah KPM. Ternyata one size does not fit all , sebagaimana yang kerap diulang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. KPM terpaksa menyesuaikan kaedah pengoperasian mengikut kategori negeri yang dikenakan perintah kawalan pergerakan ini, sama ada bersyarat, ataupun pemulihan. Bukan mudah untuk mengamalkan pendekatan terbeza ini, apatah lagi pemangkinnya adalah musuh yang tidak dapat dilihat dan memerlukan kesiapsiagaan semua pihak, daripada pengurusan di negeri dan daerah, para guru hinggalah murid dan ibu bapa. Yang penting apa cara pun, pembelajaran perlu berlaku bagi memastikan kelangsungan pendidikan, demi kemenjadian murid dan menyediakan mereka sebagai warga global dengan identiti nasional. Perubahan drastik dalam lanskap pendidikan ini mempunyai implikasi dalam proses PdP dan pentaksiran, serta pemupukan nilai dalam merealisasi FPK. Pendekatan PdP kini berbentuk hibrid, justeru membataskan interaksi bersemuka antara guru dan murid. PdP di rumah (PDPR) perlu dilaksanakan sehingga 7 Mac 2021 mengikut tingkatan tertentu bagi memastikan murid tidak ketinggalan. Namun begitu, proses pendidikan bukanlah setakat guru menyampaikan ilmu kepada murid, tetapi merupakan proses berterusan dalam memastikan ilmu, kemahiran dan nilai dapat dibangunkan dalam diri murid tersebut. Dalam konteks ini, Anjakan ke-9 PPPM 2013-2025 menjadi semakin penting apabila ibu bapa/ penjaga perlu mengambil alih tugas guru terutama dalam memastikan anak masing-masing melibatkan diri dalam proses PDPR. Pastinya sekarang pihak sekolah sudahpun menjalankan sesi libat urus dengan ibu bapa/penjaga bagi menerangkan bagaimana PDPR dilaksanakan dan mengoptimunkan platform media sosial untuk menyalurkan maklumat. Pelaksanaan PdP berbentuk hibrid ini juga mempunyai kesan yang mendalam daripada aspek pemupukan nilai dan pembangunan sahsiah murid. Jika sebelum ini, interaksi bersemuka yang diamalkan membolehkan guru menjalankan pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerja sepasukan, kerjasama dan hormat menghormati. Kegiatan kokurikulum pula membolehkan penerapan kemahiran, norma, nilai serta pemahaman pelbagai budaya dipupuk dalam kalangan murid yang membantu perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam merealisasikan FPK. Namun begitu apabila pembelajaran dalam talian dilaksanakan, pendidik perlu lebih kreatif memberikan tugasan berkumpulan dan memupuk nilai kerjasama, walaupun mereka bertemu secara maya. Pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan melalui PDPR juga akan memberikan implikasi kepada bagaimana murid ditaksir, terutama dalam memastikan murid dinilai secara holistik dalam pembelajaran mereka. Sememangnya mudah untuk guru memberikan soalan dan murid memberikan jawapan melalui google forms atau menggunakan aplikasi seperti Quizziz , namun begitu perlu difikirkan juga bahawa pentaksiran seperti ini hanya mengukur kemampuan kognitif murid atau dari segi intelektualnya. Apakah aspek emosi, rohani dan jasmani akan dipinggirkan? Sebagai pendokong FPK, pastinya para pendidik akan menjadi lebih kreatif melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Satu cara yang sesuai adalah melalui pentaksiran berasaskan projek, di mana murid diberikan tugasan secara berkumpulan dan ibu bapa/penjaga boleh juga membantu anak-anak mereka. Pentaksiran ini juga sesuai untuk dilaksanakan secara merentas subjek, sebagai contoh murid menghasilkan video dalam Bahasa Inggeris untuk memasak makanan yang menyihatkan. Dalam projek ini subjek Sains boleh ditaksir bersama subjek Bahasa Inggeris, justeru mengurangkan beban murid dalam ‘peperiksaan’. Sebagai pendidik, guru harus sentiasa bersedia dengan segala ketidak tentuan yang melanda dunia sekarang. Yang penting, anak-anak yang mengikuti pendidikan di negara ini diberikan yang terbaik demi memupuk potensi mereka bagi menjadi pemimpin masa akan datang. Pastinya dalam suasana penuh ketidaktentuan ini, KPM akan sentiasa meletakkan kesihatan dan keselamatan murid sebagai keutamaan. Pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan melalui PDPR juga akan memberikan implikasi kepada bagaimana murid ditaksir, terutama dalam memastikan murid dinilai secara holistik dalam pembelajaran mereka. FEBRUARI 2021 9 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=