e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021
8 | P engumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengoperasian sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas pengisytiharan darurat oleh kerajaan bukanlah satu knee-jerk reaction atau reaksi semerta kepada situasi semasa, tetapi adalah hasil daripada perancangan rapi mengambil kira pelbagai kemungkinan yang berlaku. Dalam keadaan dunia berhadapan dengan suasana tidak menentu disebabkan penangan pandemik COVID-19, sudah pasti KPM telah menyediakan pelbagai pelan pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan pelbagai situasi yang mungkin berlaku, dengan mempertimbangkan risiko serta langkah mitigasi terlebih dahulu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pemimpin negara telah menyebut tentang VUCA, atau suasana kemeruapan ( volatility) , ketidakpastian ( uncertainty ), kerumitan ( complexity ) dan kekaburan ( ambiguity ) yang bakal ditempuhi pada masa hadapan. Mantan Menteri Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun Baharu 2018 telah mengingatkan warga pendidikan tinggi agar menyediakan pelajar dengan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu untuk mereka bersedia berhadapan dengan cabaran masa akan datang. Pada tahun 2019 mantan Menteri Pendidikan Malaysia juga mengulangi tentang VUCA dengan menyeru kepada semua guru agar berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dengan jelas dan nyata mengaspirasikan anak-anak warganegara untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara satu hari nanti. Tidak ada siapa pun menjangkakan bahawa ketidaktentuan ini akan menjadi realiti yang begitu pahit pada tahun 2020. COVID-19 berjaya melumpuhkan ekonomi negara, mengganggu perjalanan kehidupan seharian dan mengubah dunia pendidikan dengan begitu ketara. Pembelajaran bersemuka antara guru dan murid yang telah menjadi amalan sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi telah diubah kepada penggunaan medium yang bergantung sepenuhnya kepada capaian dan kuasa elektrik. Dalam masa beberapa bulan sahaja para pendidik di pelbagai peringkat perlu mengubah mod pembelajaran dan mempelajari penggunaan platform dalam talian untuk mengoptimumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bersedia atau tidak, sebagai pendidik mereka terpaksa mengubah paradigma dan meneroka pelbagai kemungkinan demi memastikan kelangsungan pendidikan. Cabaran ini diteruskan pada tahun 2021 apabila negara berhadapan dengan situasi pandemik lebih serius yang memaksa kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Dr. Hayati Ismail Pengarah Kolej GENIUS Insan Gurudan IbuBapaWira PendidikanEraCovid-19 FEBRUARI 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=