e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021
04 03 05 di rumah bersama keluarga dan mengehadkan pergerakan keluar rumah sehingga ada di antara individu yang mengalami tekanan dan kemurungan berikutan terpaksa berkurung di rumah. Tambahan pula, kemerosotan ekonomi dengan terjejasnya pekerjaan menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan. Tekanan yang disebabkan risau akibat peningkatan kes COVID-19 dan adaptasi kehidupan dalam norma baharu juga boleh menyebabkan hilang rasa gembira dalam menikmati kehidupan. Rentetan itu, manusia perlu belajar untuk mengurangkan dan menyelesaikan tekanan yang dihadapi menerusi strategi daya tindak. Strategi daya tindak merupakan salah satu cara bagaimana manusia melihat tekanan dan berusaha mengurangkannya dengan membuat penyesuaian diri terhadap masalah mereka. Tuntasnya, putaran rutin yang sama sepanjang hari, minggu dan bulan akan mencetuskan rasa jemu serta bosan. Oleh itu, pentingnya untuk merancang aktiviti di rumah agar hadirnya kegembiraan buat diri dan keluarga. Perjalanan masa yang dimanfaatkan dengan sebaiknya akan membuahkan momen manis bersama ahli keluarga. Namun tidak dinafikan rentetan pelaksanaan perintah kawalan dalam pelbagai peringkat ini, kebanyakan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat di rumah di mana mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan menonton televisyen, melayari internet dan makan sesuka hati tanpa kawalan. Natijahnya, pertambahan berat badan mudah berlaku dan mengundang kepada masalah kesihatan. Justeru, masyarakat haruslah bijak memilih dan mengamalkan strategi daya tindak yang bersesuaian dan tepat dalam membantu mereka menangani tekanan dengan sebaiknya dan seterusnya menghadirkan rasa gembira menjalani kehidupan semasa kawalan pergerakan dijalankan. Strategi daya tindak menurut aspek keagamaan pula ialah dengan mengajak diri untuk melakukan ibadah dan bermuhasabah diri. Strategi ini dapat menghadirkan ketenangan dan mengurangkan stres. Aktiviti seperti melakukan solat berjemaah, mengaji Al-Quran, mengadakan majlis ta’lim (ilmu) dan memperbanyakkan ibadah sunat dapat mengisi masa sepanjang berada di rumah semasa perintah kawalan pergerakan berlangsung. Di samping itu, ia juga dapat memperkuatkan iman dan memperteguhkan rasa yakin kepada Allah. Hal ini dapat menghadirkan rasa redha dan tawakal dalam menjalani setiap dugaan dan cabaran yang mendatang. Amalan regulasi emosi pula dapat dilakukan dengan menetapkan mood dan emosi. Ia dapat dilakukan dengan mengawal emosi, menganalisis semula, memainkan peranan dan tanggungjawab serta cuba menjauhkan diri dari krisis. Misalnya, ibu bapa perlu menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap anak-anak supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam menyiapkan urusan persekolahan mereka dan dalam masa yang sama tidak malas untuk membantu ibu bapa di rumah. Hal ini dapat dipraktikkan oleh ibu bapa yang bekerjaya yang terpaksa membahagikan masa terhadap tugasan di tempat kerja dan urusan di rumah. Anak-anak akan lebih memahami keadaan ibu bapa dan mengelakkan daripada wujudnya emosi-emosi negatif dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Strategi daya tindak berikutnya ialah aspek persekitaran sosial yang digunakan untuk mendapatkan sokongan sosial ketika menghadapi tekanan. Hal ini dapat membantu menghilangkan tekanan sedia ada dengan mendapatkan sokongan sosial dari ahli keluarga terdekat malah boleh dilakukan menerusi perkhidmatan tele-kaunseling yang disediakan oleh kerajaan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu individu daripada rasa terbeban dengan tekanan yang dihadapi dan mempunyai saluran untuk meluahkannya. FEBRUARI 2021 7 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=