e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021
01 02 In Our Words 6 | P andemik COVID-19 yang menyerang Malaysia dan seluruh dunia dilihat seperti tiada kesudahannya walaupun kini, solusi vaksinasi menjadi polemik utama yang mendapat reaksi pelbagai pihak. Di beberapa negeri yang mempunyai kes sebaran wabak yang tinggi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan. Malah kawalan pergerakan ini bukanlah perkara baru dan asing bagi rakyat Malaysia kerana telahpun melaluinya dalam siri serangan pandemik COVID-19 pada tahun lepas. Oleh yang demikian, seharusnya setiap individu sudah arif dan bijak dalam memilih strategi daya tindak dalam berhadapan cabaran era pandemik ini. Persoalannya, mampukah masyarakat mendepani kemelut kawalan pergerakan sekali lagi dengan mental yang sihat dan sejahtera?. Sejauh mana persiapan individu untuk kekal gembira dan positif sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini?. Hakikatnya, ledakan kes jangkitan dari virus pembunuh yang telah meragut jutaan nyawa memberi impak kepada semua. Angkara wabak ini juga, ramai yang masih bergelut dengan kebimbangan, kelesuan, kegelisahan, kemurungan dan berdepan dengan pelbagai ketidakpastian. Bahkan senario ini dikhuatiri bakal menyumbang kepada pertambahan kes berkaitan aspek kesihatan mental. Hal ini kerana, wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara yang implikasinya menjejaskan kesihatan mental dan kesejahteraan swadiri masyarakat. Berikutan pertambahan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak pada awal tahun 2021 ini, kerajaan telah mengambil tindakan pantas mengekang penularan wabak ini melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 24 Januari 2021 yang lepas. PKP ini dilaksanakan kembali demi menjaga penularan virus yang berada pada aras yang membimbangkan sejak gelombang ketiga membadai pada bulan september 2020. Bahkan sebelum ini, Malaysia yang telah mencatat lebih dari 4 digit angka (5 ribu kes) untuk rekod kes harian dan mencatat lebih dari 200 ribu kes jangkitan secara kumulatif dilihat sedang menuruni “bukit keluk” apabila PKP dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perintah yang membatasi pergerakan ini menjadikan rakyat Malaysia menjalani kehidupan sepenuhnya Pilihbahagia elaksengsara Secara asasnya, strategi daya tindak meliputi aspek kognitif, emosi, tingkah laku, persekitaran, sosial dan aspek keagamaan. Kesemua aspek ini membantu manusia menghadapi tekanan dengan baik sekaligus mengurangkannya. Aspek kognitif memerlukan individu mengenalpasti masalah dan mengehadkan tekanan yang dialami. Ia boleh dilakukan dengan meluangkan masa dengan membaca, mempelajari resepi baru, menonton televisyen, mendengar muzik, menyanyi, dan mengimbas memori bahagia. Aktiviti ini dapat mengalihkan pemikiran untuk melupakan perkara yang menyumbang kepada tekanan. Manakala, strategi daya tindak tingkah laku berfokus kepada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengurangkan tekanan. Kemurungan yang dialami disebabkan duduk menyendiri boleh diatasi dengan melakukan aktiviti seperti menari, bersenam, berenang, senamrobik, zumba dan mempraktikkan aktiviti relaksasi seperti mengamalkan senaman regangan dan senaman latihan pernafasan (deep breathing exercise). Hal ini membantu individu untuk mengawal tekanan dengan baik di samping melakukan aktiviti yang menyihatkan. Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Aziz, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan FEBRUARI 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=