e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021

Kempen ‘ekauboli denanta’ diPestaBukuOnlinePenerbitUSIM Bantuankomputer ribakepada PelajarB40melaluiProjekJomInfaq Momen@USIM P usat Wakaf dan Zakat (PWZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) menyalurkan bantuan Komputer Riba kepada pelajar B40 melalui Projek Penjanaan Sumber Awam (Crowd Sourcing) yang telah dilancarkan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun lepas. “Melalui kajian dan soal selidik yang dijalankan, pelajar baharu USIM terutama dalam kalangan B40 tidak mempunyai komputer riba. Bagi memastikan pembelajaran mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan sesi PdP secara atas talian, pelajar-pelajar ini perlu dibantu melalui projek crowdfunding/crowdsourcing ,” ujar Prof. Dr. Zurina, Pengarah PWZ. M endepani cabaran pasca Covid-19, Bahagian Penerbit mengambil langkah proaktif menganjurkan Pesta Buku Online yang bersiaran secara langsung di Facebook Live USIM Press. Dengan hashtag ‘ekau boli den anta’, sebanyak 20 peratus diskaun diberikan kepada semua pelanggan selain memberi penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang menyertai siaran langsung selama satu jam melalui dua platform dalam talian di mybookstore.usim.edu.my dan platform Shopee di Penerbit USIM. Menurut Puan Hariza Mohd Yusof. Ketua Bahagian Penerbitan berkata, sambutan agak baik daripada pembeli dan apa yang hendak kita sampaikan ialah keberadaan buku-buku penerbit USIM masih ada walaupun dalam pandemik Covid-19. “Setakat ini sebanyak 15 unit komputer riba dan Ipad telah disumbangkan oleh penyumbang, dan sebanyak 4 unit komputer riba yang disumbangkan oleh Yayasan Maghfirah telah diserahkan kepada pelajar tahun satu yang terpilih. Selain itu, seramai 86 orang telah menyumbang secara tunai kepada projek ini melalui portal jominfaq. usim.edu.my ,” tambahnya. Bantuan diberikan melalui sumber zakat dan Tabung COVID-19 USIM iaitu: Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM100 seorang) kepada 4,517 orang pelajar yang melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM451,700.00 . Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM114 seorang) kepada 26 orang pelajar yang melibatkan peruntukan daripada Tabung COVID-19 USIM adalah sebanyak RM2,964.00. Fasa pertama bantuan komputer riba ini disasarkan untuk diagihkan kepada 194 orang pelajar baharu USIM dalam kalangan B40 dengan sasaran sumbangan wang tunai sebanyak RM50,000.00. Jom Tonton https://bit.ly/3vRTKyB KempenBantuan KomputerRibakepada PelajarB40 Pesta Buku Online berlangsung sepanjang lima hari bermula pada 15 hingga 19 Februari menawarkan pelbagai promosi buku secara kombo selain turut memperkenalkan buku-buku baharu. Puan Hariza berkata, penglibatan Penerbit USIM pada Mac dalam karnival ilmiah anjuran MAPIM bukan suatu yang baharu. Ujarnya gandingan yang sedia ada ini diteruskan dalam bentuk pesta buku dalam talian dan berharap gandingan dan kerjasama ini dapat mewujudkan persefahaman dalam meneruskan legasi Penerbit USIM khususnya supaya terus kekal dan aktif walaupun dalam suasana yang tidak menentu.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=