e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021

Projek tanaman nanas bermula Februari 2020 dan lanjutan pandemik Covid-19, pada Julai 2020 memulakan penanaman awal sebanyak 1000 pokok menggunakan sumber peruntukan daripada kakitangan USIM yang terlibat. Sesi Asas Pra Pengenalan Tanaman Projek Prosumer Nanas MD2 telah dilaksanakan melibatkan 25 peserta. Penyediaan Starter Kit Tanaman berbentuk 50 sulur dan 10 beg tanah organik, polybeg dan baja diagihkan kepada Jabatan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan dan Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Perumahan Pelajar serta Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan manakala projek tanaman bersama komuniti berjaya dilaksanakan Banting dan Surau Al-Falah, Mantin. PusatSukanusahakanprojek tanamannanasMD2 M enyahut saranan Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam merealisasikan konsep prosumer di USIM, Pusat Sukan melalui projek prosumerisme program tanaman nanas MD2 telah memulakan langkah dengan mengusahakan kawasan terbiar di sekitar Kompleks Sukan Tunku Najihah. Menurut Encik Nur Ekhmal Buhary, Pegawai Belia dan Sukan USIM selaku ketua projek berkata, prosumerisme merupakan agenda yang boleh menghasilkan impak tinggi kepada USIM jika dilaksanakan dengan baik. Penyediaan kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan agenda Prosumerisme dalam kalangan warga USIM, khasnya pelajar, alumni dan staf. Usaha ini adalah untuk memperkasa kemahiran warga USIM dalam mendepani cabaran global yang tidak menentu. “Objektif utama pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan penglibatan warga USIM dalam agenda Prosumerisme dengan mengurangkan kebergantungan warga USIM terhadap sumber luar dengan pelaksanaan tiga projek yang dicadangkan, meningkatkan pendapatan warga USIM terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kelangsungan hidup pasca pandemik global. Ia juga bagi meningkatkan bilangan syarikat milik warga USIM yang berdaftar dengan SSM (Job Creator) dan meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme di dalam USIM bagi menjana ekonomi Negara yang mampan dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)” En. Nur Ekhmal Buhary Pegawai Belia dan Sukan USIM, Ketua projek FEBRUARI 2021 3 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=