e-Risalah USIM - Edisi Februari 2021

Campus News J abatan Keselamatan menerajui ’Laman Prosumer’ selepas pelancarannya di Majlis Amanat Naib Canselor USIM 2021 dengan mengusahakan tanaman tembikai wangi bertempat di Laman Jabatan Keselamatan. Encik Rozaimi Kamaruddin selaku penyelaras projek ini berkata, bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021 tanaman tembikai wangi ini telah berjaya membuahkan hasil selepas 75 hari ianya ditanam. Tuaian pertama adalah sebanyak 400 biji tembikai wangi telah berjaya dikongsikan kepada staf USIM. Manakala Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan bilangan inkubator keusahawanan berasaskan prosumerisme dalam kalangan staf dan pelajar. Kerjasama bersama agensi luar dan pihak NGO akan dibuat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka agar tanaman ini dapat diperluaskan dan dinikmati oleh komuniti di luar sana. ”Prosumerisme merupakan satu konsep yang mampu menjamin kelestarian sumber dan mengurangkan kebergantungan sesuatu entiti terhadap sumber luar”, ujar Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Jom Tonton https://bit.ly/3reuVJC PerasmianLaman ProsumerJabatan KeselamatanUSIM FEBRUARI 2021 2 | ”Jabatan Keselamatan berusaha untuk memperluaskan tanaman ini dengan keluasan yang lebih luas dengan sasaran 10,000 polibeg menjelang akhir tahun 2021”. Encik Rozaimi Kamaruddin, PenyelarasProjek KakitanganUSIMsahut sarananNaibCanselor jayakan ‘Prosumerisme’ diUSIM JabatanKeselamatanUSIMjayakan LamanProsumerTembikaiWangi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=