e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

54 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 Berita Kampus M edia merupakan rakan strategik yang penting dalam usaha untuk memposisikan USIM di mata masyarakat bagi mendukung hasrat dan agenda Universiti. Perkembangan dan kemajuan universiti berdasarkan pencapaian dan kebolehan tinggi oleh mahasiswa/i serta kakitangan tidak akan tercapai sekiranya tidak disebarluas kepada seluruh lapisan masyarakat. Sebagai menghargai dan meraikan pengamal media ini, USIM melalui Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) telah mengadakan Majlis Bersama Media yang dihadiri oleh pelbagai agensi dari Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban bertempat di Nilai Springs Resort Hotel & Country Club. USIM rai pengamal media, Pengarah StraComm Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada media-media yang membantu menyiarkan berita serta menaikkan imej USIM di mata masyarakat, dan mengharapkan hubungan baik dan kerjasama antara USIM dan pihak media ini akan terus kekal dan dapat dieratkan lagi di masa akan datang melalui pelbagai aktiviti bersama. Dalam majlis yang sama turut diadakan pelancaran Coffee Table Book iaitu Kompilasi Buku Keratan Akhbar tahunan terbitan StraComm yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Ts Dr. Sharifudin Md Sharaani. hargai kerjasama dan sokongan kepada universiti

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=