e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Anis Syahira Suhaimi Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Fakulti Sains dan Teknologi A nis Syahira Suhaimi merupakan puteri kepada pasangan Suhaimi Mohamad dan Nohayati Shafie. Anak kedua dari lima adik beradik iniamatyakindenganpercaturanAllah SWT yang sentiasa meletakkan yang terbaik buat hambaNya. Keyakinan itu diterapkan sepanjang proses pembelajarannya yang dilalui secara dalam talian untuk dua semester terakhir akibat pandemik. Cabaran berhadapan masalah capaian internet dan kesukaran menikmati suasana pembelajarankondusif di rumah tidakmenjadi halangan untuknya memberikan yang terbaik apabila berjaya memperoleh Anugerah Dekan untuk tujuh semester berturut-turut yang membolehkan beliau bergraduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Kelas Pertama dan dianugerahkan sebagai Pembentang dan Projek Tahun Akhir Terbaik. Beliau juga berjaya dalam penilaian pensijilan profesional Certified Penetration Tester oleh CyberSecurity Malaysia. Sepanjang pengajiannya beliau telah menyertai sebanyak 14 pertandingan inovasi secara individu serta berkumpulan bagi peringkat universiti hingga antarabangsa dengan usaha komited pensyarah program. Antara kejayaan yang dirangkul iaitu Anugerah Pingat Emas, Anugerah Video Pembentangan dan Poster Terbaik dalam Technology and Research Exhibition (TREX 2021). Seterusnya, Anugerah Pingat Emas dalam pertandingan Amalan Inovasi Pelajar, Karnival Inovasi UMT 2021 serta tempat pertama dalam 3rd Widyatama International Academy Competition and Exhibition (WI- CAN 2021). Syed Firdaus Iqmal Syed Zahir Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian Fakulti Ekonomi dan Muamalat S yed Firdaus Iqmal bin Syed Zahir atau lebih mesra dipanggil Syed merupakan anak tunggal kepada Tuan Syed Zahir Al Qadry dan Puan Sharifah Hanizah Al Jufri. Anak jati Negeri Sembilan ini amat meminati bidang ekonomi dan kewangan Islam yang menyebabkan beliau memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian di Fakulti Ekonomi dan Muamalat bermula sesi akademik 2018/2019. Syed Firdaus Iqmal aktif mewakili Fakulti dalam pelbagai pertandingan dan program daripada peringkat kampus hingga ke peringkat antarabangsa. Perjalanan beliau tidak terhenti di situ, selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda pada tahun lepas, kegigihan beliau untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan Islam diteruskan apabila beliau diterima untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana bermula September 2022 di INCEIF University yang dikenali sebagai salah satu satu universiti terbaik dalam bidang kewangan Islam di dunia dengan pembiayaan penuh daripada INCEIF . Beliau kini telah memulakan kariernya di dalam sektor perbankan pada Ogos 2022 sebagai Pelatih di Maybank. Walaupun baru berkhidmat hampir 4 bulan, beliau telah diserap masuk sebagai Eksekutif Cyber Security di Maybank Berhad baru-baru ini. 5 RISALAH USIM EDISI 36: 2022
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=