e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

USIMdan ITCMeteraiMou, TingkatkanNilai Pelancongan Islam B ersempena pelancaran Minggu Pelancongan Islam yang julung kali dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya, USIM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ITC bagi membangunkan bakat, memperluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang pelancongan dalam lanskap pelancongan Islam di Malaysia. Dalam MoU ini, USIM diwakili oleh Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, yang menjalankan fungsi Naib Canselor, manakala ITC diwakili oleh Dato’ Dr Mohmed Razip Haji Hasan, Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) sambil disaksikan oleh Dato Seri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya. Kedua-dua pihak bersetuju untuk berkongsi kepakarandanpengetahuan untuk memajukan latihan berkaitan Pelancongan Islam, penyelidikan, pembangunan modul, pembangunan standard, membangunkan bahan publisiti mengenai pelancongan, penganjuran bersama mesyuarat, konvensyen dan seminar, serta bidang lain dalam sektor Pelancongan Islam. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, konsep Pelancongan Islam dikenali dengan nama dan konotasi yang berbeza dalam teori dan amalan pelancongan. Pelancongan Halal, Pelancongan Syariah dan pelancongan mesra Muslim adalah istilah yang biasa digunakan. “Di USIM, kami menawarkan program akademik khusus yang berkaitan dengan pelancongan Islam di mana struktur kurikulum dan kursus yang dirangka dalam program ini merangkumi elemen keseimbangan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Penyampaian ilmu dan teori serta pemupukan kemahiran yang berkaitan dalam setiap kursus diharapkan dapat membentuk bakat masa hadapan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pelancongan”,ujarnya lagi. P engerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Senator Datuk Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengharumkan nama negara apabila dikurniakan tempat pertama Anugerah Alumni Perintis sempena Majlis Konvokesyen ke- 58 Universiti Islam Madinah. Majlis penganugerahan ini ditaja oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, Putera Wilayah Madinah. Pengerusi LPU dianugerahkanTempat Pertamabagi Kategori AnugerahAlumni Perintisdari Universiti IslamMadinah Di bawah MOU ini juga, kedua- dua pihak akan bersama-sama membangunkan danmelaksanakan program akademik dalam mod Pengajian 3u1i (tiga tahun di universiti, satu tahun di industri) dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Pelancongan Islam serta bidang lain yang berkaitan. “Mod Pengajian 3u1i” ialah program untuk mempersiapkan graduan dengan pengalaman teori dan praktikal yang diperlukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Berdasarkan MasterCard- CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2022, Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai destinasi percutian mesra Muslim terbaik mengatasi Indonesia dan Saudi Arabia. Anugerah Universiti Islam Madinah bagi Alumni Perintis ini merupakan anugerah tahunan yang diberikan sebagai penghormatan kepada tiga orang graduan kehormat melalui tiga laluan bidang iaitu “Inovasi, Pembangunan Mampan, dan Keusahawanan” yang bertujuan untuk memupuk komunikasi positif yang aktif antara universiti dan graduannya dalam menggalakkan usaha mereka untuk membangunkan negara mereka demi manfaat rakyatnya. 43 RISALAH USIM EDISI 36: 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=