e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
41 PPV IPT Mega USIM Penyertaan Kali Pertama Membawa Hasil, Naib Johan di Pertandingan Debat Nuklear B ertemakan Nuklear Untuk Tujuan Keamanan, pasukan debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dibarisi oleh Najmi Adli Mustaffa, dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Salman Hariz Mohamad Kusnin dan Muhammad Najmie Abdullah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang rangkul Naib Johan di Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti anjuran Pusat Teknologi Nuklear (NUKLEAR). Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menyaksikan sebanyak enam penyertaan dari enam universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan USIM. Najmi Adli Mustaffa, pelajar tahun satu Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan selaku ketua pasukan berkata, saya melahirkan rasa teruja dan gembira kerana ini merupakan penyertaan kali pertama mereka mewakili universiti untuk bertanding dalam pertandingan debat ini. Masing-masing merupakan pelajar tahun satu, dan mereka mengambil cabaran ini dengan mempersiapkan Johan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3000, Naib Johan membawa pulang RM2000 dan tempat ketiga membawa pulang RM500. Dari kiri: Najmi Adli Bin Mustaffa, Muhammad Najmie Bin Abdullah, Salman Hariz Bin Mohamad Kusnin diri dari segi fizikal dan mental serta mengulangkaji dari segi fakta dan kajian yang mendalam khususnya tema yang dipertandingkan, tambahan pula ahli pasukan bukan berlatar belakangkan bidang pengajian dalam bidang nuklear”. “Tanam minat dalam seni pengucapan awam banyak melatih kemampuan serta daya fikir yang tinggi dan penggunaan laras bahasa yang baik. Kami berharap dengan pencapaian ini, kami mampu membawa nama USIM ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini”, ujarnya lagi. RISALAH USIM EDISI 36: 2022
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=