e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

40 di International Universities Arabic Debating Championship 2022 Pelajar USIMMuncul Pendebat Terbaik D ua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama negara dan universiti apabila muncul sebagai Pendebat Terbaik dan turut dinobatkan sebagai Naib Johan di pentas International Universities Arabic Debating Championship kali ke 6 bertempat di Universiti Ibn Haldun, Istanbul Turki baru- baru ini. Mereka adalah Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak, pelajar tahun empat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Afiq Arsyad Awang@ Tarmizi, pelajar tahun dua Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang menewaskan peserta dari Universiti Ibn Khaldun. Manakala dua lagi peserta yang membarisi pasukan debat USIM adalah Haafizah Mohd Rosli pelajar tahun dua dan Maisarah Ahmad Azmi pelajar tahun satu dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU). Menurut Ahmad Norsyafwan Norawavi selaku jurulatih berkata, ini merupakan penyertaan USIM kali keempat yang disertai oleh 90 pasukan pendebat seluruh dunia dari 50 negara. Hanya tiga pasukan yang mewakili Malaysia iaitu USIM, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak selaku ketua pasukan, beliau turut berkongsi kegembiraan walaupun pelbagai cabaran ditempuhi oleh ahli pasukan untuk mengekalkan momentum dengan tenang, serta menghasilkan idea kritis lagi menarik dalammasa singkat yang diberikan. Ahmad Norsyafwan Norawavi, Jurulatih Berita Kampus Bertanding dalam kategori bukan penutur asli dengan tema pertandingan kali ini “Keamanan Sejagat Adalah Tanggungjawab Bersama”, saya kagum dengan semangat para pelajar yang sentiasa mengambil kesempatan untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik serta membawa nama USIM dan malaysia di peringkat antarabangsa. “Walaupun hampir dua tahun tiada pertandingan kompetitif disebabkan pandemik, namun pelajar dan alumni debat bahasa arab terus komited membentuk pasukan yang terbaik untuk dibawa ke pertandingan ini”. RISALAH USIM EDISI 36: 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=