e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
38 In Our Words — wajib dikesan awal Penyaki t berangkai dan permasalahannya di Malaysia di sebalik cabaran Pandemik Covid-19 C ovid-19 telah melanda dan menghantui kita sejak awal 2020 di negara kita. Ia telah memberi kesan teruk kepada sistem kesihatan sehinggakan penyakit berbahaya lain seakan-akan ditolak dan dipandang sepi dek terpaksa menguruskan kes Covid-19 yang saban hari saban meningkat di kala itu. Ini disebabkan keterpaksaan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengurus pesakit Covid-19 yang mencecah sehingga puluhan ribu kes sehari dan kakitangan kesihatan tidak menang tangan mengendali kes terutamanya di hospital. Malah, banyak hospital dijadikan hospital khusus untuk Covid-19 di mana kes lain akan dirujuk ke luar hospital yang berdekatan. Contohnya, Hospital Sungai Buloh yang diwartakan sejak kemunculan virus bahaya ini melanda negara. Namun syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kes semakin terkawal dan kita boleh melihat cahaya dihujungnya. Kemunculan varian Omicron walaubagaimanapun telah memberi cabaran baru. Kita masih bertungkus-lumus dalam hal menjaga kesihatan disebabkan penyakit berangkai seperti darah tinggi, kolesterol, obesiti dan jantung. Kesemua penyakit ini berisiko mengakibatkan penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa. Baru-baru ini Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, amat gusar kerana Malaysia dikategorikan negara tidak sihat. Kesedaran mengenai aspek kesihatan yang masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah antara faktor utama terjadinya begitu. Ini berdasarkan statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit kronik iaitu diabetis, darah tinggi, kolesterol, obesiti dan jantung. Laporan tinjauan morbiditi peringkat kebangsaan 2019 (National Morbidity Survey 2019) melaporkan sebanyak 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai tiga faktor risiko utama yang terdiri daripada darah tinggi, diabetis dan tinggi kolesterol. Laporan tersebut juga melaporkan satu daripada lima rakyat Malaysia menghidapi diabetis, 3 daripada Prof Madya Dr Mohd Radzniwan A Rashid Pensyarah Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=