e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

3 RISALAH USIM EDISI 36, 2021 Tema Graduan Cemerlang, USIM Disayangi C itra graduan USIM dibentuk agar selari dengan personaliti yang memenuhi model Graduan Integrasi Ilmu Naqli Aqli (GIINA). Melalui model ini, setiap mahasiswa dipandu supaya terlibat dengan pelbagai aktiviti yang menggarap kemahiran serta mencerna sahsiah mereka sebagai modal insan berdaya saing dan berdaya maju di masa akan datang meliputi 21 ciri graduan merangkumi elemen holistik, berkeusahawanan dan seimbang. Untuk menggapai citra murni ini, proses menuntut ilmu bagi graduan USIM sentiasa diberi dan membuka peluang untuk berada dalam pelbagai lapisanmasyarakat. Komuniti didekati dengan ilmu dan keikhlasan, sumbangan ditaburkan dengan penuh keyakinan. Kasih sayang terbina bukan buatan, kasih sayang terbina kekal berpanjangan. Tanpa mengehadkan penglibatan dan sumbangan di peringkat lokal dan antarabangsa, mahasiswa USIM mengorak langkah sebagai graduan yang berilmu, berakhlakdanpenuhdengankasihsayang. Selari dengan itu, kecemerlangan yang merintis kebitaraan seseorang insan sentiasa disulami doa agar memanfaat ummah serta dipandang mulia di sisi Allah swt. Dengan kekuatan, iltizam dan penghayatan itu, pada tahun ini, tema Graduan Cemerlang, USIM Disayangi dipilih sebagai tema konvokesyen agar kecemerlangan graduan USIM tidak hanya terhad dalam pelbagai bidang ilmu tetapi berlimpah sesama insan, disayangi Allah dan menyinari masyarakat seluruhnya. : 2 3

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=