e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

Konvokesyen Imunisasi merupakan salah satu bentuk pencegahan penyakit yang efektif, mudah, serta murah untuk menghindari terjangkitnya penyakit infeksi, mulai daripada anak, orang dewasa hingga orang tua. Imunisasi menjadi salah satu bentuk intervensi kesihatan yang paling sukses dan efektif. Melalui imunisasi, seseorang diharapkan memiliki kekebalan terhadap suatu penyakit infeksi tertentu (Restuti Hidayani Saragih, Julahir H.Siregar, 2017). Syarahan Perdana Fakulti Perubatan, kongsi kepentingan imunisasi dewasa B agi berkongsi kepakaran dalam bidang virologi, vaksinologi dan kawalan penyakit berjangkit, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM menganjurkan syarahan perdana yang disampaikan oleh Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, felo akademik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM bertajuk “Adult Immunisation: From Research to National Policy”. Dalam syarahan ini, Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak telah berkongsi mengenai bagaimana hasil penyelidikan beliau selama lebih 30 tahun telah digunapakai sebagai beberapa polisi imunisasi negara. Beliau juga turut menekankan kepentingan imunisasi dewasa serta kanak-kanak dan jenis-jenis penyakit yang boleh dielakkan dengan imunisasi. Beliau juga telah mencetuskan idea untuk menerbitkan buku praktikal Mikrobiologi yang digunakan oleh pelajar perubatan dan pergigian. Buku yang telah memasuki edisi kedua tersebut sangat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, di peringkat kebangsaan, beliau telah menulis beberapa bab dalam buku bertajuk “Adult Immunisation” yang dihasilkan oleh Malaysia Society of Infectious Diseases and Chemotherapy (MSIDC) untuk digunapakai oleh pengamal perubatan. Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak juga adalah pencetus idea untuk menganjurkan Kuiz Mikrobiologi di peringkat intervarsiti di USIM yang dikenali sebagai i-Microb. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sebelum tahun 2020, dan amat terkenal dalam kalangan warga Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian universiti awam dan swasta tempatan. 24 Beliau turut bekerjasama secara aktif dengan syarikat farmaseutikal serta agensi luar dalam program kemasyarakatan dan penyelidikan. Antaranya penglibatan beliau dalam projek penyelidikan mengenai kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak tadika bernilai RM60,000 dari Mundipharma Sdn. Bhd., bengkel kawalan infeksi untuk guru-guru tadika mendapat tajaan RM8,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor dan juga projek penghasilan video pendek kesihatan bersama Tabung Haji. Berita Kampus RISALAH USIM EDISI 36: 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=