e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

21 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 USIM Perkenal Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) S eramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) B40 dari kalangan komuniti orang Asli, usahawan bekas pelajar dan tenaga pengajar Giat Mara sekitar negeri Sembilan mengambil peluang mengikuti program Latihan Keusahawanan pelancongan digital produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT). Para peserta didedahkan dengan 14 modul yang berkaitan dengan pelancongan komuniti dan digital oleh tenaga pengajar daripada pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM. Menurut Pengarah Projek, Dr. Nurul Nadirah Abu Hasan, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan usahawan IKS B40 di sekitar Negeri Sembilan khususnya warga Jempol tentang kemahiran pengurusan dan pemasaran produk pelancongan berasaskan komuniti secara digital; selain untuk memberi gambaran peluang dan ruang peniagaan di dalam bidang pelancongan terutama pelancongan berasaskan komuniti. Dr. Nadirah menambah lagi, berbeza dengan program-program yang pernah ditawarkan sebelumnya, para peserta yang terlibat akan diberi latihan berterusan walaupun selepas tamat program ini.  Ini bertujuan bagi memastikan peserta yang dilatih mahir dan berkemampuan untuk menjana pendapatan mampan selain turut mampu membantu komuniti setempat selepas ini dengan kemahiran yang diberikan. “Program ini juga bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap peluang dan ruang kerjaya dalam bidang pelancongan terutama sekali pelancongan komuniti; selain untuk mengubah kesalahfahaman praktis di kalangan komuniti berkaitan pelancongan komuniti terutama sekali inap desa dan IKS”, ujarnya lagi. Sementara itu, salah seorang usahawan muda berasal dari Senawang Muhammad Arif Daniel Khaidzir, 20, turut mengambil peluang untuk mengikuti program CBT bagi mengembangkan perniagaan beliau dalam bidang kimpalan. Arief Daniel turut mengajak anak-anak muda di luar sana untuk memulakan perniagaan seawal usia muda dengan mengikuti program-program yang bermanfaat dan mendatangkan hasil. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada USIM dan Giat Mara Seremban atas peluang dan pengalaman yang dicurahkan dalam usaha untuk membantu menaiktaraf kehidupan beliau dan pelatih-pelatih yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=