e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
19 In Our Words RISALAH USIM EDISI 36: 2022 Projek Sulam “Think Safety, Act Safety” FST USIM Pupuk Minat Murid Sekolah Rendah Teroka Bidang Sains Produk inovasi lain yang turut memenangi pingat emas adalah Q-Cat Kit USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azmani Sahar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Digital Quran Model For Deaf yang diketuai oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Tawil dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Ice Box yang diketuai oleh Prof. Madya Ar. Dr. Elina Mohd Husini dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), i-Tourism yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), i Status Hadis: Word Add-In, yang diketuai oleh Dr. A. Irwan Santeri Doll Kawaid dari FPQS, SAKTI (Secure App for enKrypting Text Information) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Plasmonic FBG-Based Honey Quality Tester yang diketuai oleh Dr. Wan Maisarah Mukhtar dan Cyberpoly (Cybersecurity Edugame) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Sakinah Ali Pitchay. Produk inovasi yang memenangi pingat perak pula adalah e-Prosumer yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Hafizal Mohammad dari FKAB, Tanaffas yang diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal dari FPSK, Mysif Chain yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Eisei Bag yang diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal dari FPSK dan An Integrated Interactive Approach to Build the personality of Secondary School Students Academicall yang diketuai oleh Dr. Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh dari Kolej Genius Insan (KGI). Akhir sekali, dua produk yang memenangi pingat gangsa adalah Eye-Zy yang diketuai oleh Dr. Maimunah Abdul Muna’im dari FPSK dan Halal Vocation Game yang diketuai oleh Dr. Nurdalila A’wani Abd Aziz dari Institut Fatwa dan Halal (IFFAH). Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berlangsung selama tiga hari itu bermula 1 hingga 3 November 2022. S eramai 48 orang pelajar prasiswazah Tahun Satu Program Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi, USIM bergerak secara proaktif dengan menjayakan projek SULAM bertemakan “Think safety, Act safety” dengan melibatkan seramai hampir 400 orang murid-murid dari sekolah rendah di sekitar Nilai, iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin dan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang isu-isu keselamatan di makmal sains sekali gus dapat memupuk minat murid sekolah rendah untuk menerokai bidang sains. Mereka telah didedahkan dengan pelbagai jenis peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang digunakan di dalam makmal sains. Penyelaras projek SULAM juga pensyarah kanan Program Fizik Gunaan, Dr. Wan Maisarah Mukhtar berpendapat bahawa aktiviti ini merupakan satu platform terbaik bagi para pelajar prasiswazah Program Fizik Gunaan berkongsi ilmu yang diperolehi di dalam bilik kuliah untuk disumbang kepada komuniti setempat. Selain itu, program ini dilihat mampu melahirkan modal insan yang beretika, kreatif dan profesional di samping meningkatkan kemahiran insaniah mereka. “Selain itu, demonstrasi teknik pemakaian PPE yang betul turut dikongsikan selain mereka juga turut diperkenalkan dengan jenis-jenis simbol keselamatan yang digunakan di dalam makmal. Lebih menarik lagi, pelbagai jenis permainan berkonsepkan pendidikan diadakan untuk memastikan penglibatan aktif murid-murid sekolah sepanjang program itu berlangsung”, ujar Dr. Wan Maisarah.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=