e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
18 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 USIMRangkul 9 Emas di PECIPTA 2022 galak kerjasama bersama industri B ertemakan “Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society”,USIM merangkul sembilan Emas, lima Perak dan dua Gangsa bagi produk inovasi yang dipertandingkan di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa Tahun 2022 (PECIPTA’22) yang bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani mengucapkan terima kasih atas komitmen dan tahniah dengan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang persidangan ini berlangsung, dan berharap produk inovasi ini dapat diketengahkan untuk pengkomersialan agar dapat dikongsikan manfaatnya kepada masyarakat. Manakala, Prof. Madya Dr. Nurlida Basir, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) USIM berkata, USIM menghantar 16 produk inovasi untuk bertanding di PECIPTA 2022, sekaligus merupakan penyertaan yang terbanyak disertai oleh USIM pada kali ini. PECIPTA’22 menyaksikan Prof. Dr. Azman Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang- undang (FSU) mendapat pengiktirafan Best Award Anugerah Kluster Terbaik Pendidikan bagi produk inovasi bertajuk Global Tahfiz Game (GTG). Menurut Prof. Dr. Azman Ab Rahman selaku Ketua Penyelidik, GTG ini merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat khususnya para huffaz dalam mengukuhkan hafazan dengan konsep gamifikasi serta didik hibur yang lebih inovatif dan efektif. Dibangunkan sebagai produk papan permainan pertama yang berasaskan mashaf al-Quran serta sukatan subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah di bawah subtopik Al- Quran dan Tajwid. “Ia mempunyai tiga aras soalan yang berbeza berdasarkan 30 juzuk al-Quran yang dirangka khas sesuai untuk mereka yang ingin mengukuhkan hafazan. Objektif produk ini adalah untuk meningkatkan kesedaran muraja’ah hafalan Al- Quran melalui medium pembelajaran yang interaktif dan ilmiah serta meningkatkan kefahaman untuk menghafal ayat suci Al-Quran dan mengulanginya sehingga lancar”, tambahnya lagi. Berita Kampus
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=