e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
17 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 PEMILIHANMPP USIM 2022/2023, Wakil Suara Pelajar Di Dewan Senat Universiti K esedaran politik terutamanya melalui Undi18 dalam kalangan mahasiswa USIM semasa Pilihan raya Umum ke-15 Malaysia baru baru ini menunjukkan reaksi positif apabila sebanyak 83.70 peratus mahasiswa/mahasiswi turun mengundi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Sesi 2022/2023 yang berlangsung pada 29 November 2022. Seramai 15 calon umum dan 30 calon fakulti bertanding untuk merebut 9 kerusi umum dan 18 kerusi fakulti. Keputusan pemilihan MPP ini berpihak kepada Farah Baharudin, mahasiswi tahun tiga dari Fakulti Sains dan Teknologi yang bertanding untuk Kerusi Umum dengan memperoleh undian tertinggi iaitu sebanyak 7,796, diikuti seorang lagi calon Kerusi Umum iaitu Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin, juga mahasiswa tahun tiga dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang memperolehi sebanyak 7,237 undian. Hal ini sekaligus menunjukkan majoriti suara mahasiswa telah memberi kepercayaan kepada mereka sebagai wakil suara mahasiswa di Dewan Senat Universiti bersama ahli-ahli pengurusan USIM, dalam membangunkan agenda universiti serta sebagai ‘semak dan imbang’ keputusan yang dicapai terutamanya bagi agenda yang melibatkan peranan dan penglibatan mahasiswa. Seramai 9,644 mahasiswa daripada 11,517 yang layak mengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:30 petang secara fizikal dan juga secara dalam talian menerusi platform eUNDI. Dalam pengundian tersebut, tiga fakulti yang mencatatkan peratusan mengundi tertinggi adalah Fakulti Pergigian iaitu sebanyak (100%), Fakulti Sains dan Teknologi (93.62%), dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (90%). Farah Baharudin Fakulti Sains dan Teknologi Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin Fakulti Pengajian Bahasa Utama
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=