e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
16 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 MIZAN K4C HUB USIM Tuan Rumah ProgramUNESCO K4C Learning Residency 2022 U NESCO Knowledge for Change (K4C) Learning Residency 2022 merupakan program latihan antarabangsa bagi melahirkan mentor-mentor penyelidikan berasaskan komuniti di kalangan semua penggerak masyarakat yang terdiri daripada ahli akademik dan organisasi sosial dari seluruh negara. Diterajui oleh Pusat Penyelidikan Mizan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menerusi Mizan K4C Hub dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Dilaksanakan pada tahun 2022 di Malaysia, Kursus residensi pembelajaran UNESCO K4C (UNESCO K4C Learning Residency) kali ini menghimpunkan mentor dari kohort ke lima hingga lapan bermula dari 30 Oktober hingga 6 November 2022. Menurut Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib, kursus ini yang dikelolakan oleh School of Continuing Studies, University of Victoria (UVic) Canada selama 21 minggu menerapkan tiga komponen utama pembelajaran iaitu aktiviti pembelajaran dalam talian dari UVic, pembelajaran menerusi residensi bersemuka selama dua minggu di Kuala Lumpur, dan kerja lapangan yang akan dijalankan bersama komuniti tempatan di lokasi masing-masing. “Seramai 41 mentor dari lapan negara iatu Burkina Faso, Afrika Selatan, Mexico, Ireland, Canada, India, Indonesia, dan Malaysia mengikuti kursus residensi K4C di Kuala Lumpur pada tahun ini dengan objektif utama adalah untuk melatih kemahiran penyelidikan berasaskan penyertaan komuniti (CBPR) menerusi kerjasama pelbagai pihak. Program ini mengiktiraf proses perkembangan ilmu tidak hanya berlaku di universiti tetapi boleh dilaksanakan secara aktif dilapangan. Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM bersama UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi tujuan menjalankan kerjasama berterusan untuk terlibat dalam jaringan UNESCO K4C dan penganjuran latihan K4C diperingkat kebangsaan serta serantau. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, manakala UNESCO diwakili oleh UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education Prof. Emeritus Dr. Budd Hall dan Dr. Rajesh Tandon, IYC diwakili oleh Pengarah Dr. Hj. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Majlis Belia Malaysia diwakili oleh Presiden Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. Konsortium UNESCO K4C kini mempunyai lebih dari 22 hub di 13 buah negara di seluruh dunia. Pusat Kebudayaan USIM menerima lawatan kira-kira 41 orang peserta Kursus Residency Knowledge for Change Mentor Training Program (UNESCO K4C MTP). Lawatan yang mengambil tempat di Panggung Seni Pusat Kebudayaan USIM berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran peserta diiringi paluan kompang serta dijamu dengan pelbagai hidangan tempatan dan tradisional Malaysia selain dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat oleh artis Pusat Kebudayaan USIM. Sempat diperkenalkan dengan busana-busana tradisional Negeri Sembilan, peserta UNESCO K4C MTP juga tidak melepaskan peluang mencuba dan bergambar dengan mengenakan perhiasan tradisional yang disediakan. Berita Kampus
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=