e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

14 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 Latarbelakang Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (1995) Ijazah Sarjana Sains University of Reading (1997) Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Makanan University of Cambridge (2007) Hari pertamamenjalankan tugas, slogan“USIM Cemerlang,USIMDisayang” diperkenalkan. BolehProf. terangkanserbasedikit mengenai slogan ini? Dari aspek kecemerlangan, saya melihat USIM sebagai sebuah Universiti Awam (UA) yang mempunyai potensi untuk berkembang maju kerana mempunyai ramai pakar dalam bidang masing- masing yang diiktiraf di dalam dan di luar negara. Ramai pakar akademik di USIM yang telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan penting peringkat negeri dan negara. Ada yang dilantik sebagai pihak pengurusan di jabatan kerajaan persekutuan , Panel Penasihat Akademik, Anggota Majlis Agama Islam Negeri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Penasihat Syariah di agensi terkemuka nasional dan pelbagai afiliasi lain. Justeru, adalah penting untuk kita menggerakkan pakar-pakar ini dalam satu nada yang sama yang matlamatnya adalah untuk mengangkat dan memposisikan USIM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik dan cemerlang di Malaysia. USIM harus memanfaatkan kepakaran yang dimiliki dengan merangka strategi bagi meningkatkan keterlihatan USIM di mata masyarakat khususnya bagi membantu ke arah mensejahterakan rakyat dengan menyumbang kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki ( knowledge transfer ). Cemerlang bukan sahaja secara individu, tetapi secara holistik. Manakala bagi tagline USIM disayang pula, saya mengharapkan setiap staf USIM akan menyayangi USIM dan menganggap USIM sebagai hak milik bersama dan berusaha memberi komitmen yang terbaik, selaras dengan penerapan lima teras profesional yang digariskan iaitu Profesional, Efisyen, Alamiyyah, Memiliki perwatakan yang santai dan mudah didekati, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani , Naib Canselor keenam USIM yang juga merupakan anak jati kelahiran Johor ini menerbitkan rasa senang dalam kalangan staf yang berkhidmat bersama beliau di USIM. Beliau yang memiliki Ijazah kedoktoran dan kepakaran dalam bidang Teknologi Makanan ini aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi, beliau turut aktif dalam aktiviti konsultansi dalam bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek- projek industri halal di peringkat antarabangsa. Ikuti temu bual bersama beliau: Amanah dan Muafakat yang sewajarnya menjadi asas kepada keperibadian sebagai staf USIM. Ini termasuklah penglibatan USIM bersama masyarat dan komuniti di luar. Setiap kebaikan yang disalurkan kepada masyarat sudah pastinya memberi impak dan kesan positif terutamanya dalam menjayakan agenda memasyarakatkan USIM. ProfesorTs.Dr. SharifudinMd Shaarani NaibCanselor USIMke-6 Cemerlang USIM Disayang USIM Bicara NC

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=