e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022
13 RISALAH USIM EDISI 36: 2022 T erima kasih kepada semua yang bersama dan menyokong diri ini untuk terus bersemangat menuntut ilmu hingga ke tahap ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah atas segala pengorbanan dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua agar menjadi insan yang seimbang, holistik dan berkeusahawanan; berteraskan kepada integrasi ilmu Naqli dan Aqli USIM. Tahniah juga diucapkan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Kampus Barakah ini. Semoga dengan ilmu yang kita pelajari ini dapat kita gunakan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara kita yang tercinta. S yukur, alhamdulillah. Impian saya untuk bergelar Dr. akhirnya tercapai. Setinggi-tinggi penghargaaan buat ayah dan bonda saya, Ramlan bin Non dan Suriyani bt. Soronto kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya sehingga ke peringkat tertinggi pengajian. Terima kasih buat suami saya, Ahmad Syauqi serta anak-anak yang saya sayangi kerana menjadi penguat semangat serta tulang belakang saya sehingga tamat pengajian. Tidak dilupakan, kepada semua warga USIM yang sangat baik dan menyokong saya sehingga berjaya. Juga teristimewa buat universiti yang saya sayangi dan kagumi. Terima kasih USIM! D ua tahun terakhir diuji dengan pandemik, dengan kelas dalam talian yang mencabar dan kekangan semasa belajar. Namun Alhamdulillah, dengan sokongan yang tidak putus-putus daripada keluarga, asatizah dan rakan-rakan, saya mampu harungi tempoh 4 tahun pengajian dengan baik sekali. Semester- semester terakhir saya dan rakan-rakan bersepakat berkubu di Nilai untuk mengharungi perjuangan yang berliku ini bersama sama tidak kira susah dan senang, kenangan yang terlalu berharga! Terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga yang tercinta, para asatizah yang sentiasa mencurahkan ilmu, dan rakan-rakan semua yang sentiasa bersama dalam medan ilmu di USIM sepanjang pengajian ini. T ahniah buat semua para graduan USIM khususnya FSTian. Alhamdulillah, kita semua berjaya menamatkan pengajian di bumi barakah ini. Semoga ini menjadi permulaan yang lebih baik pada masa akan datang. Kejayaan ini bukanlah atas usaha saya semata-mata, pastinya terdapat berkat daripada doa ibu ayah, pensyarah yang selalu mendorong, rakan seperjuangan, jurulatih dan rakan SUKSIS serta semua insan yang membantu. Pencapaian kelas pertama Ijazah Sarjana Muda dan anugerah Hadiah Buku Universiti khas dihadiahkan buat arwah ibu, Mazwin binti Mohamed dan keluarga yang sering ada di saat jatuh bangun. Terima kasih USIM atas segala kenangan manis dan pahit menjadikan saya lebih kuat! Moga kita semua dapat terus menabur bakti sebagai alumni USIM. ‘Ammar Mohamad Jasri Habib Rafiqi Halim Nadiah Ramlan Nuur Amanina Hanani Khairudin Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Fakulti Pengajian Bahasa Utama Doktor Falsafah (PhD in Science and Technology) Fakulti Sains dan Teknologi Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) P erjalanan selama 5 tahun di sini banyak mengajar dan memberi pengalaman baru kepada saya. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis yang terbina disini, antaranya usaha saya dalam projek ilmiah yang memberikan impak yang besar dalam hidup saya. Apabila projek saya mendapat liputan media dan mendapat banyak anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, hal ini bukan sahaja membanggakan kedua ibu bapa saya, namun juga pada pensyarah dan pihak universiti. Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang belajar di sini. Sekalung ijazah yang dibawa pulang memberi seribu makna buat diri saya. Terima Kasih USIM. Hairul Iskandar Hairulnizam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=