e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

12 USIM Berjanji Pada Ibunda A lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang yang diberikan untuk bersama meraikan Majlis Konvokesyen USIM ke-20 ini. Segulung tahniah saya ucapkan buat sahabat graduan yang berjaya merealisasi impian bergraduasi dan selamat menempuh alam baru. Jutaan terima kasih juga ingin saya ungkapkan kepada umi abah, ahli keluarga, para doktor dan pensyarah, staf sokongan serta rakan seperjuangan atas dukungan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi. Buat saudara seperjuangan, pelbagai memori suka dan duka sudah kita tempuh, dari zaman pra-klinikal hinggalah tahun klinikal. Banyak kenangan yang dicipta, baik di bilik kuliah, klinik, padang mahupun di kolej kediaman. Suara tawa dan tangisan Quoradent akan kekal dikenang. Teruslah mara ke hadapan dan berusaha memperbaiki diri selaras dengan ilmu aqli dan naqli yang tersemat di jiwa. Kepada guru, cikgu kami, ‘syukran jazilan’ atas segala nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan. Keberkatan dan doa dari kalian amatlah kami harapkan bagi mengharungi fasa seterusnya dalam menjadi doktor pergigian yang berintegriti dan bernilai tinggi. Terima kasih USIM atas segala memori, inshaAllah, Graduan Cemerlang, USIM Disayangi. A lhamdullilah we’ve reached our last destination after battling undergrad life for the past few years. Today we’re leaving our home and embarking on the next chapter in our lives. Looking back, it was a journey filled with obstacles, roller coaster emotions, and feelings we just can’t describe. In spite of the hard journey it also led us to one of the most beautiful memories in our lives where we found solace in new friendships, guidance from our lecturers and understanding from our loved ones. I believe the person we are today, are not the same as the first time we are here in USIM. Yesterday, we were scared that we will not reach our destination, yet here we are, still persisted through all that and make it to today. If I have learned anything it is that we have to be adaptable, ready to take chances and create our own opportunities for our dreams. On behalf of other graduates, I bid thank you to all who come in times of our needs and led us to become better people today. All hail class of 2022, we did it! S yukur alhamdulillah, segulung ijazah ini saya dedikasikan khas buat mama dan keluarga tersayang yang sentiasa menjadi tulang belakang saya sedari dahulu. Terima kasih yang tidak terhingga buat para pensyarah untuk ilmu yang diberikan, rakan-rakan serumah yang banyak mencipta kenangan manis ketika zaman belajar, rakan kuliah dan juga khususnya buat sahabat yang banyak membantu sepanjang pengajian. Tanpa mereka semua, saya takkan mampu ke garisan penamat dengan jayanya. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan buat para graduan terutamanya rakan-rakan seperjuangan SMPKI sesi 2018/2022. Semoga segulung ijazah ini menjadi titik permulaan untuk kehidupan baru dalam kerjaya kita masing-masing. 5 tahun berada di USIM mengajar saya erti kehidupan yang sebenar sebelum menempuh alam kerjaya. Pelbagai halangan dan cabaran telah dilalui sama ada semasa pembelajaran di kampus ataupun dalam talian. Semua ini tidak mampu untuk saya harungi tanpa doa dan dorongan daripada ibu bapa, tunjuk ajar dan bimbingan dari pensyarah dan tidak dilupakan juga rakan seperjuangan yang setiasa ada pada saat jatuh bangun semasa belajar. Jazakumullah khairan kathiran semua atas jerih payah, lelah, kesabaran, ketabahan dan setiap jengkal kasih sayang yang telah dicurahkan. Sungguh tak mampu untuk saya balas dengan apa pun. A lhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki dapat bergraduasi sekali lagi. Alhamdulillah, terima kasih banyak buat ibu, arwah ayah dan keluarga atas doa dan sokongan selama ini. Tidak lupa juga buat keluarga kecil saya di Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI, USIM) dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH), terima kasih banyak atas doa dan bimbingan sepanjang tempoh pengajian saya. Doa dan kenangan bersama anak-anak istimewa yang hadir dalam hidup saya membuatkan hidup saya lebih bahagia. Jazakumullah Khairan Katsiran wa Jazakumullah Ahsanal Jaza Ahmad Ashraaf Ahmad Badri Nur Aliya Amalin Ramli Muhammad AzeemMohd Fadil Siti Ramna Khamaruddin Fariha Fathul Karim Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Fakulti Ekonomi dan Muamalat Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam Fakulti Ekonomi dan Muamalat Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah Fakulti Pergigian RISALAH USIM EDISI 36: 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=