e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

S ubhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Hari ini tiba jua, hari yang dinanti-nantikan oleh saya bersama 76 orang sahabat saya serta ahli keluarga kami semua, setelah penantian yang panjang selama 7 tahun (1 tahun tamhidi & 6 tahun ijazah). Lebih menggembirakan lagi apabila kami satu batch 77 orang, kesemuanya lulus 100% peperiksaan akhir profesional. Pertama dalam sejarah FPSK USIM! Siti Sarah Nabila Saharudin Mohd A’fif Khalid Illyana Bt Mohd Jusoh AkramMujaddid Abdul Halim Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama dengan Kepujian Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Teknologi Kimia Industri Jutaan terima kasih buat ibu bapa serta ahli keluarga kami yang sentiasa mendoakan tanpa jemu, yang telah mengorbankan masa, harta dan tenaga, mungkin juga air mata, dalam menghantar kami menyambung belajar dalam bidang yang penuh cabaran ini. Tidak lupa juga sahabat handai yang tidak putus mendoakan dan memberikan kata-kata semangat. Paling tidak dilupakan, jasa, pengorbanan dan juga doa daripada para pensyarah FPSK kami yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar tanpa jemu, juga yang sentiasa ikhlas mengajar kami. Syukur alhamdulillah, kami dikurniakan para pensyarah sebaik-baik pensyarah di FPSK USIM. Mereka yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta kata-kata semangat tanpa lelah dan percaya dengan kebolehan anak-anak didik mereka. Terima kasih, Profs & Drs! Terima kasih juga buat para kerani yang menguruskan setiap hal kami dan juga para staf yang menguruskan hal-hal kolej kediaman kami. Semoga Allah sentiasa mempermudah setiap urusan para pensyarah dan staf FPSK USIM, amin. Doakan kami menjadi doktor yang berguna untuk masyarakat serta dipermudahkan urusan untuk menunaikan fardhu kifayah ini. Alhamdulillah, Gentle dah konvo! 5 tahun yang bermakna. 5 tahun bersama suka dan duka. Terima kasih USIM menjadi haluan kepada perjalanan hidup ini. Terima kasih buat ibubapa, rakan-rakan dan para pendidik yang sentiasa menjadi penyokong dan pendorong saya. Biar Ijazah ini menjadi saksi kepada segala titik peluh kita dalam perjuangan indah ini, sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, berkat sokongan pensyarah dan ibu bapa, perjalanan saya dan sahabat- sahabat dipermudahkan untuk membawa nama USIM di persada dunia dengan mengetengahkan ‘Design with Naqli and Aqli’ serta memperoleh kejayaan di peringkat kebangsaan dalam pertandingan antarabangsa. Antara sumbangan lain dan pengalaman berharga ialah pembinaan ‘Green Gazebo’ yang direka oleh pelajar sendiri untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar di USIM. Terima kasih buat semua yang berjuang bersama-sama moga Allah berkati usaha kita. T eruntuk Mamaku tercinta. Terima kasih kerana tidak putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk A’fif. Terlalu besar pengorbanan mama membesarkan A’fif. Untuk Abah, Alhamdulillah A’fif berjaya tunaikan hasrat abah! Al-fatihah untuk abah. Saya mewakili mahasiswa pengajian akidah dan agama ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pensyarah yang tidak mengenal erti penat lelah sepanjang mencurahkan ilmu kepada kami. Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19, mereka tetap bertungkus lumus memikirkan jalan untuk mendidik kami supaya menjadi insan yang holistik. Terima Kasih USIM! Kepada rakan rakan seperjuangan. Tahniah kerana kita berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Semoga anda semua terus maju jaya menghadapi peringkat kehidupan yang seterusnya. “Akidah Jitu, Ummah berpadu”. RISALAH USIM EDISI 36: 2022 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=