e-Risalah USIM - Edisi Januari - November 2022

Terima Kasih USIM! G raduasi, tamat pengajian, wisuda atau apa sahaja kita ingin gelar, kita semua pasti memiliki rasa yang sama. Kegembiraan. Penat lelah berusaha diiringi segunung pengorbanan, akhirnya tiba waktu untuk menuai hasil kejayaan. Dalam hamparan kegirangan ini, ayuh limpahkan lautan kesyukuran kepada yang Maha Esa. Titipkan penghargaan buat ibu bapa, keluarga, guru-guru, sahabat dan kenalan. Perjalanan mencari redha dan keberkatan Allah ini masih jauh. Semoga kita kekal jalan terus dengan hadaf yang murni dan jitu. Syauqi Mardia Baharudin Elni QuzinyAhmad Saripi Diploma Lepasan Ijazah Diploma Amalan Kehakiman Dan Guaman Syarie Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama T erima kasih yang tidak terhingga didedikasikan buat ibu ayah, para pensyarah, dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan sepanjang 4 tahun saya di USIM. Selangkah keluar dari alam universiti bukanlah satu kebebasan buat kami para graduan, namun satu tanggungjawab yang lebih besar untuk mencorakkan kehidupan yang sebenar sebagai hamba Allah, anak, dan juga graduan. Buat rakan-rakan graduan, setinggi-tinggi syabas dan tahniah. Selamat berbakti untuk ummah! USIM Berjanji Pada Ibunda 10 RISALAH USIM EDISI 36: 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=