e-Risalah USIM Jan-Mac 2023
CampusNews 09 Hari menyantuni OKU2023, ajakmahasiswa cakna keperluan komuniti OKU S eramai 380 peserta yang terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor telah menghadiri Program Hari Menyantuni OKU 2023 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 25 Januari 2023. Program yang signifikan kepada mahasiswa program Pengajian Quran dengan Multimedia dan Pengajian Quran dan Sunnah ini dijalankan dengan beberapa aktiviti dan checkpoint antaranya pameran braille, Spin Sign Win, dan Tahfiz Akhyar. Turut diadakan forum bertajuk Simposium Khidmat Quran & Sunnah Bagi OKU (SIQAH 2023) “Heart to Heart Even Without Sight, There Is Still Vision”. Menurut Afiq Aizuddin, pelajar tahun 4 selaku pengarah program, objektif penganjuran program ini adalah bagi membuka hati dan minda serta mengubah persepsi masyarakat awam terhadap komuniti OKU agar mahasiswa lebih cakna terhadap OKU dan cara pembelajaran mereka. Jelasnya lagi, “Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan mahasiswa hoslistik bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik, bahkan mampu menyumbang kepada masyarakat di luar sana terutamanya golongan OKU”, ujarnya. Tiga universiti bergabung laksana programbersama komuniti D alam usaha untuk mendekati komuniti Mengabang Telipot Kuala Nerus Terengganu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bergabung jalin kepakaran akademik dengan melaksanakan Program Universiti Bersama Komuniti - Jom Carre Komuniti Nelayan pada 17 Februari 2023. Majlis Perasmian dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Dalam majlis yang sama turut diadakan sesi pertukaran Surat Niat antara UMT – USIM – UniSZA sebagai simbolik tanda kerjasama ketiga-tiga universiti dalam penganjuran program berbentuk pemindahan ilmu dan kemasyarakatan. Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, antara objektif penganjuran porgram ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni melalui siri perkongian ilmu antara universiti yang terlibat bersama-sama komuniti setempat menerusi pameran, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti sukaneka. Sekaligus mereka dapat mengenali UMT, USIM dan UniSZA secara lebih dekat dan mengeratkan hubungan antara universiti, agensi, industri dan komuniti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=