e-Risalah USIM Jan-Mac 2023
CampusNews 08 U SIM dan Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (CAKNE) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Galeri Canselori USIM. Tujuan utama memorandum ini adalah bagi bekerjasama untuk menganjurkan acara besar kayuhan amal, CAKNE Gold Ribbon Ride 2023: Jelajah Semenanjung (CGRR23) yang merupakan program ‘signature’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu berkaitan kanser disamping mensasarkan kutipan dana bagi membiayai pelbagai perkhidmatan untuk membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga. Selain itu, kerjasama ini turut berfokus kepada kajian dan penerbitan dalam bidang kesihatan mental serta mengenalpasti halatuju bekas pesakit khususnya yang menjadi OKU akibat kanser. Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan aluannya berkata, USIM dan CAKNE akan mengorak langkah untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dalam bidang-bidang yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak termasuklah dengan meneruskan program Larian Amal, pembangunan komunikasi strategik dan media baharu serta pembangunan portal pembiayaan kos rawatan kanser kanak-kanak. WAY TOUSE TECHNOLOGIES A tlet dari Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang dengan tangan kosong dari kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM), malah menghadiahkan satu pingat emas dan dua pingat gangsa untuk universiti. Turut membanggakan, apabila mereka berjaya menempatkan diri antara enam pasukan terbaik keseluruhan daripada 14 buah pusat asasi dan matrikulasi yang menyertai SAM kali ini. Bertempat di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang Pahang, USIM menghantar seramai 118 orang atlet bersama 22 pegawai pengiring untuk memburu pingat dalam sembilan acara daripada 12 acara yang dipertandingkan antaranya futsal, bola jaring, bola tampar, badmintan, e-sport dan olahraga. Menurut Ketua Kontinjen Tamhidi, Aiza Azrin Mohd Zain, acara olahraga menepati sasaran awal untuk menyumbang pingat emas kepada USIM. “Alhamdulillah, syukur dengan pencapaian kontigen Pusat Tamhidi USIM dalam kejohanan kali ini dengan membawa pulang tiga pingat. Kita raih emas tunggal dalam acara larian 1500 meter lelaki manakala dua pingat gangsa diraih melalui acara bola jaring dan ping-pong”. “Melalui kejohanan ini, Pusat Tamhidi secara langsung membantu universiti mengenal pasti bakat-bakat muda atau ‘ubi muda’ lebih awal untuk digilap dan seterusnya berpotensi diserap sebagai atlet utama universiti”. Menjadi wadah untuk membentuk interaksi dan kerjasama dalam kalangan pelajar asasi universiti awam dan matrikulasi, perasmian penutup Sukan Asasi Malaysia berlangsung meriah dengan disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Tuan rumah, UIAM dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 14 pingat emas, empat perak dan dua gangsa. SukanAsasi Malaysiamedan USIMgilap‘ubi muda’ USIM-CAKNE jalin bekerjasama dalambidang kesihatanmental dan halatuju bekas pesakit kanser kanak-kanak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=