e-Risalah USIM Jan-Mac 2023
BeritaKampus 07 D alam usaha untuk mengeratkan silaturrahim dan kerjasama strategik bersama Karyawan Seni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan satu sesi ramah mesra antara Karyawan Seni USIM bersama Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan penggiat seni tanah air bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Pertemuan ringkas penuh bermakna diadakan untuk mendapat pandangan kreatif dan kerjasama dalam program pembangunan seni berbudaya di USIM. Dihadiri oleh Dato’ Nasharudin Elias (Nash), Syed Indera Syed Omar (Siso Kopratasa), Fauzi Marzuki, Muhamad Razin Che Mud dan juga Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzaman, majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Adnan Mohamed Yusoff dan Pengarah Pusat Kebudayaan Encik Ismail Ahmed. “Universiti sentiasa menyokong usaha Pusat Kebudayaan dalam mengetengahkan seni berbudaya yang mencakupi elemen integrasi keseimbangan sebagai insan, penerapan nilai-nilai murni dalam berkarya, menepati keperluan patuh syariah yang akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat. Kolaborasi warga universiti bersama penglibatan pihak industri seni wajar dan signifikan sebagai penghubung dalam memperkukuhkan jaringan bersama komuniti dan masyarakat luar.” USIM kongsi kepakaran, tingkat kolaborasi bersama penggiat seni U SIM jalin kerjasama strategik dengan TM Technology Services Sdn Bhd (TM One) dalam satu majlis meterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk meningkatkan transformasi pendigitalan serta pemerkasaan agenda teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di USIM. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani, manakala TM One diwakili oleh Puan Shazurawati Abdul Karim, Naib Presiden Eksekutif TM One. Melalui kerjasama ini, tiga teras akan dibangunkan iaitu penciptaan ekosistem inovasi, pembangunan bakat serta perkongsian pandangan mengenai pendidikan tinggi serta trend perniagaan. Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, betapa pentingnya teknologi ICT ketika tempoh pandemik COVID-19 yang lepas, System Development and Engineering Centre (SDEC) USIM berperanan bagi memastikan warga USIM terutamanya dalam kalangan pelajar agar tidak ketinggalan dalam dunia penuh gangguan (disruptive). “USIM telah melancarkan ‘Smart University Blueprint’ (Al-Jamiah Al-Mubarakah) dan Pelan Strategik ICT (ISP) RMK-12 pada 28 Mei 2021 yang memfokuskan kepada inisiatif-inisiatif digital selari dengan usaha MyDIGITAL di peringkat Kebangsaan”. USIM tingkat kerjasama transformasi pendigitalan bersama TM One Prof. Dato’ Ts. Dr.Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=