e-Risalah USIM Jan-Mac 2023
BeritaKampus 06 S eramai 100 orang peserta ditauliahkan dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) Kali ke-11 yang disampaikan oleh Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji bertempat di Bangi Avenue Convention Centre. Objektif utama SPIH adalah bagi melahirkan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) yang berpengetahuan tinggi dalam bidang pengajian ibadat haji melalui pembelajaran yang sistematik, yang dapat menjelaskan hukum-hakam ibadat haji terkini berdasarkan isu-isu dan masalah semasa, serta untuk menjadi Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan PIHTAS yang berkemampuan mengajar dengan teknik pengajaran yang berkesan kepada jemaah haji. Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact of the Internet” menceritakan isu terkini pendedahan tentang jenayah siber serta kesedaran mengenai bahaya siber kepada masyarakat. Antara isu lain yang dibincangkan adalah tentang bahaya penyebaran berita palsu khususnya semasa pandemik COVID-19. Di samping itu, buku ini berkongsi tips bagaimana untuk tidak terjebak dengan gejala penipuan internet. SPIH merupakan sebuah program berimpak tinggi yang bertujuan untuk mempersiapkan bakal pembimbing haji dan umrah sebelum ke tanah suci dengan ilmu dan kemahiran profesional. Ia merupakan program signature di antara Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji (LTH) yang telah diadakan sejak tahun 2010. Menteri Dalam Negeri lancar buku “Cyber Crime in Malaysia”, kerjasama USIM dan IPSOM Y ang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri melancarkan buku “Cyber Crime In Malaysia: The Pervasive Impact Of The Internet” pada Majlis Amanat Tahun Baru 2023 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks D, Putrajaya. Buku ini merupakan kerjasama antara Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) bersama beberapa pensyarah daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM. Dr Safiyya Ahmad Sabri, pensyarah FKP yang juga penyunting buku berkata, edisi Bahasa Melayu telah pun dilancarkan pada Februari 2022. Buku ini merupakan hasil penulisan daripada beberapa penulis dari bidang Jaminan Keselamatan Maklumat, Undang-undang, Komunikasi, dan Ekonomi yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan keselamatan siber. SPIH komited lahir pembimbing ibadat haji yang berilmu https://bit.ly/3O3Q2wS Dapatkan Naskah Anda CyberCrimeInMalaysia: ThePervasiveImpactof theInternet
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=