e-Risalah USIM Jan-Mac 2023
BeritaKampus 04 L ebih lapan bulan mengemudi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah gagasan “USIM Cemerlang, USIM Disayang” yang kini mendasari agenda universiti, Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani tampil menyampaikan amanat yang bertemakan “Mensyukuri Nikmat, Menelusuri Harapan” di hadapan lebih 300 warganya bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Majlis amanat dimulakan dengan paparan pencapaian cemerlang USIM sepanjang tahun 2022 dan kejayaan aktiviti-aktiviti serta pelaksanaan program-program yang signifikan. Majlis amanat ini turut memaklumkan semua warga berkenaan semakan semula Pelan Strategik USIM 2016-2025 yang terdiri daripada tujuh teras utama iaitu Pembelajaran dan Pengajaran, Penyelidikan dan Inovasi, Graduan Holistik, Seimbang dan Berkeusahawanan, Governan dan Pembangunan Modal Insan, Kemudahan Fizikal dan Prasarana, Kemampanan Kewangan serta Penjenamaan dan Pemposisian. Melibatkan 19 strategi dengan 43 Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Mengukuhkan pemerkasaan USIM sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengintegrasian Ilmu Aqli dan Naqli, Naib Canselor turut menggariskan 34 Inisiatif dibawah agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang” untuk tempoh 2023-2025. Ini melibatkan 10 inisiatif melalui agenda Keterlihatan/Visibility@ USIM, tujuh inisiatif Kemampanan Kewangan / Financial Sustainability@USIM, tujuh inisiatif dibawah Prihatin/Care@USIM serta 10 inisiatif dibawah payung Komuniti/Community@USIM. Mengakhiri majlis amanat, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berbesar hati melancarkan Immersive Learning Space@USIM serta Virtual ID (V-ID) Card USIM yang bertindak sebagai alternatif pengenalan diri secara fizikal menerusi platform USIM Mobile 2.0 sebagai salah satu usaha menyokong digital transformasi di dalam pendidikan tinggi. “Mensyukuri Nikmat, Menelusuri Harapan” Jadi tema Majlis Amanat tahun 2023 Naib Canselor USIM
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=